Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Ubat Cacing

$
0
0
Assalammualaikum semua. Hari ini Hans nak berkongsi sekali lagi tentang kepentingan makan ubat cacing walaupun kita nih dah besar tua rengka sekali pun. Hahaha!

TARAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Untuk pengetahuan semua pembaca, kita sebenarnya perlu mengambil ubat cacing untuk membasmi dan menghapuskan segala jenis keturunan cacing di dalam badan kita nih sebanyak dua kali dalam setahun. Maksudnya, anda wajib makan ubat cacing nih sekali untuk setiap 6 bulan.

Hans pula sepatutnya kena ambil awal bulan Januari yang lepas tetapi sebab asyik terlupa jer. Jadi, hari nih masa lalu depan farmasi tu Hans teringat dan terus beli serta makan tanpa menoleh ke belakang lagi.


Taraaaaaaaaaa! Inilah ubat cacing kegemaran Hans yang dibeli sebentar tadi iaitu NOXWORM CHEWTAB perisa coklat. Harga tak silap tadi dalam RM8.90. Boleh didapati di kedai toko jamu..ehh...boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Boleh tahan sedap lah rasanya bila makan ubat cacing nih. Tak percaya cuba lah! Hehehe! 


Inilah rupa ubat cacing nih. Saiz sebesar panadol tu jer. Hisap hisap kunyah...dap nya cumi cumi princhly boom boom...hahaha! Makan ubat cacing terus jadi macam Princhly Mabuk. Baiklah! Jadi, mari kongsikan serba sedikit kenapa perlu dan pentingnya kita mengambil ubat cacing nih.

Di bawah ini adalah tanda-tanda yang kemungkinan besar anda sedang hadapi jika cacing-cacing di dalam perut anda sedang membina komuniti bestari untuk mencapai TN50 seberapa cepat yang boleh :
  1. Mudah berasa letih
  2. Kembung perut
  3. Kegatalan pada lubang dubur
  4. Anemia @ kurang darah disebabkan ada jenis-jenis cacing yang hisap darah anda
  5. Tiada selera makan
  6. Wajah pucat
  7. Sakit perut @ cirit-birit @ kembung @ sembelit
  8. Kurang berat badan walaupun selera makan macam gorilla
  9. Sakit kepala
  10. Gusi & Hidung berdarah
  11. Etc..

CACING PITA YANG DITEMUI DALAM PERUT PESAKIT DI INDIA. NGERI WEHHH!


Punca utama berlakunya jangkitan cacing ini disebabkan banyak perkara juga. Antaranya :
  1. Tidak membasuh tangan sebelum makan.
  2. Tidak membasuh tangan dengan cara yang betul @ tidak bersih sebelum makan
  3. Suka makan daging atau lauk yang mentah @ tidak dimasak
  4. Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  5. Makan sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh @ tidak dibasuh sempurna
  6. Minum air yang tercemar @ tidak dirawat @ tidak dimasak
  7. Menggunakan air yang tercemar @ tidak dirawat @ kotor dalam urusan seharian
  8. Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah @ pasir @ kawasan-kawasan yang menjadi habitat cacing membiak
  9. Etc...

Jadi, untuk mengelakkan masalah kesihatan anda semua semakin teruk disebabkan cacing-cacing durjana di dalam badan anda tu maka dinasihatkan anda semua jangan ambil mudah bab cacing di dalam perut nih. Jangan ingat bila anda dah berumur 18 tahun ke atas, anda dah perlu nak ambil ubat cacing sebab semakin lama anda buat endah tak endah maka semakin banyak lah anak-anak cacing yang anda semua hasilkan tanpa anda sedari.

PANJANG GILA CACING!!!

Lagi pun sekarang kalau sesiapa yang rajin membaca kisah-kisah pasal cacing nih pasti tahu dalam tahun nih saja banyak kisah cacing-cacing pita dalam badan manusia yang semakin panjang saiznya hinggakan doktor-doktor yang terlibat di dalam pembedahan membuang cacing pita pun terkejut dengan saiz cacing yang ditemui dalam badan manusia pada zaman moden kini. Jadi, tunggu apa lagi!! Ayuh semua! Anda mampu mengubahnya!

P/S : JADI JANGAN LUPA JADIKAN AMALAN MAKAN UBAT CACING SEBAGAI SALAH SATU DARIPADA AMALAN WAJIB ANDA SEKELUARGA :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Trending Articles


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear