Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Gangguan Bekalan Air Di Wilayah Petaling

$
0
0
Assalammualaikum semua. Emosi aku memang terganggu saat menulis kisah kali ini. Apa kau rasa bila kawasan tempat kau tinggal tiba-tiba tak ada air? Adakah kau akan melompat keriangan? Tidak kan? Begitulah apa yang aku rasa sekarang nih.


Aku basuh baju tadi dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai dekat pusingan terakhir tiba-tiba mesin basuh aku berhenti. Jadi, aku ubah jer lah ke mod bilas. Lepas tu aku nak lah basuh tangan aku dekat sinki dapur tu. Sekali air tak keluar! Aku dah mula rasa cemas dah!


Aku pergi bilik air dan sempat lah tadah air setakat mana air keluar daripada pili air tu. Cukup-cukup baldi kecil aku saja. Aku pun pelik juga sebab ikutkan esok dah Tahun Baru Cina. Petang tadi mestilah mereka makan besar sambil tarik-tarik yee sang tu. Tetapi, macam tak ada pula bunyi riuh-riuh. Aku pun dengan inisiatif sendiri bukalah laman web Syabas nak semak. Sekali mata aku terbeliak macam dalam drama-drama sinetron Indonesia tu bila tengok berita di bawah nih :


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa berdasarkan pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak 2 minggu yang lepas didapati penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi. Ini telah menyebabkan beberapa kawasan di wilayan Petaling telah terjejas dengan gangguan bekalan sementara dan tekanan rendah.


Perghhhhhhhhhhhhh!! Serius aku cukup tak suka bila masalah gangguan bekalan air nih terjadi. Kali terakhir berlaku masalah nih tak silap masa tahun lepas yang sampai jadi isu politik dalam televisyen tu. Itu saja dah berhari-hari tak ada air dan buat pertama kali aku ada pengalaman angkut air daripada lori tangki air Syabas tu.

GAMBAR HIASAN

Sekarang nih pun aku tak tahu lah bila bekalan air dekat kawasan rumah aku nih nak elok.  Dalam laman web Syabas tu pun tak ada bagitahu setakat aku tengok tadi bila gangguan nih bakal berakhir. Tak rasa sakit hati ker bila kau sendiri tak tahu bila masalah nih akan selesai. Aku baru nak bercuti dengan aman dan gembiranya di rumah sewa tapi macam nih pula jadinya. Lori tangki air pun entah bila datang. Memang betul-betul rosak hari Khamis aku nih.

YEE SANG

Lagi simpati dekat keluarga-keluarga yang menyambut Tahun Baru Cina, yang ada orang tua atau anak-anak kecil. Notis yang diberi pun sangat singkat dan memang aku tak tahu apa-apa langsung. Maklumlah pihak pengurusan semalam pun dah cuti sebab nak sambut raya. Sama lah macam kita nih pun bila hari raya dah dekat memang lah cuti sehari dua awal. Notis keluar semalam dan hari nih terus tak ada air. Gila memang sakit hati aku!


Sekarang banyak betul masalah nak kena selesaikan nih! Paling bermasalah semestinya masa aku nak buang air besar nanti! Nak berak pun mencabar zaman sekarang nih!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

P/S : BILA NAK ADA AIR NIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.