Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Tips Murah Rezeki

$
0
0
Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi dengan semua tentang beberapa tips yang Hans ambil daripada seorang rakan Hans. Rakan Hans nih menulis tentang 9 tips murah rezeki di laman sosial facebook miliknya. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita serta memberi kesedaran buat kita selama bernafas di dunia ini.

Perkongsian :

Suatu ketika dulu, saya diberitahu oleh seorang Sheikh di tempat saya. Orangnya hebat. Kerja dakwahnya hebat. Tak dikenali melainkan orang-orang setempat. Beliau mengajar saya 9 pintu rezeki. Walaupun saya tak ada kekuatan untuk mengamalkan semua. Tapi saya boleh kongsikan dengan anda semua. Semoga anda ada kekuatan lebih hebat dari saya.


1. Taqwa



Firman Allah Ta’ala,

{ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا } { وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ }

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3). 

Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah akan menghilangkan bahaya dan memberikan jalan keluar bagi orang yang benar-benar bertakwa pada-Nya. Allah akan mendatangkan padanya berbagai manfaat berupa dimudahkannya rezeki. Rezeki adalah segala sesuatu yang dapat dinikmati oleh manusia. Rezeki yang dimaksud di sini adalah rezeki dunia dan rezeki akhirat. Kita berpegang pada ayat ini bukan sekadar di hafal. Lebih penting mengamalkan maksudnya.


2. Tawakal


Kesilapan kebanyakan manusia ialah kebergantungan pada usaha yang terlalu tinggi. Malah ada sesetengah pakar motivasi menekankan usaha dan selebihnya tawakal. Hakikat sebagai hamba, kita seharusnya meletakkan kebergantungan kita kepada Allah. Dan kemudian kita berusaha dengan apa yang kita mampu. Para sahabat r.a. boleh menyelesaikan masalah dengan 2 rakaat solat sedangkan kita masih bergelut dengan perkataan "usaha" dengan membelakangkan tawakal kepada-Nya. Ada orang usaha banyak dapat sikit. Ada orang usaha sikit dapat banyak. Ada orang usaha setengah mati, satu pun tak dapat. Ada orang tak usaha, tapi di rezekikan dengan berbagai kesenangan.


3. Tilawah



Amalan membaca Al Quran setiap hari dapat membersihkan hati kita. Sehebat mana pun kita, tidak lah hebat jika tak ada upaya untuk menghabiskan walaupun sepotong ayat sehari. Amalkan surah yasin setiap pagi. Amalkan surah Sajadah, Al Mulk dan Waqiah sebelum tidur. Banyak fadhilat-fadhilat dari hadis-hadis yang sahih dan dhoif ringan. Maka boleh kita amalkan. Tunaikan hak Al-Quran dengan membaca sebanyak 2 muka atau 4 muka surat sehari. Setahun kita akan khatam sepenuhnya.


4. Solat


Solat wajib dan tak perlu kita perkatakan. Memang kena buat! Kalau tak rezeki memang ke laut. Kaya mana pun tak ada guna. Usahakan buat di awal waktu secara berjemaah di masjid pada setiap waktu. Apa yang nak ditekankan di sini adalah solat-solat sunat yang boleh kita lakukan untuk tampung solat fardu kita yang semestinya sentiasa ada kekurangan. Solat Qobliah dan Ba'diah paling utama. Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Dhuha, Solat Isyrak, Solat hajat, solat istikharah dan lain-lain. Buat yang mana paling utama dahulu.  Kemudian kita susuli dengan yang lain.


5. Sedekah


Jangan buruk sangka pada mereka yang meminta. Ringankan tangan untuk menghulurkan sedikit rezeki yang Allah berikan. Membantu orang lain dari segi tenaga juga ialah  sedekah. Jangan bantu yang kita kenal sahaja. Allah tak akan hamparkan satu kebaikan pada kita dua kali. Pilihlah untuk mengambil kebaikan tersebut. In Sha Allah, kita akan berasa  puas dan bersyukur.


6. Syukur


Jika kita bersyukur pada Allah, Allah akan tambah nikmat kita. Itu  janji Allah. Walaupun kita berniaga banyak ujiannya, bersyukurlah! Bila Allah tarik sesuatu maka dia akan berikan yang lebih baik. Tunjukkan rasa syukur kita dengan amalan-amalan yang diredhai Allah. Bukan hanya mengucapkannya sahaja dan kemudian kita merungut.


7. Doa


Senjata paling hebat orang mukmin. Gunakan sebaik-baiknya. Banyak minta pada orang, orang tak suka. Banyak minta dengan Allah, Allah sayang. Balik pada sikap kebergantungan kita pada siapa. Allah atau Manusia. Doalah di dalam solat sewaktu sujud dan sebelum memberi salam. Luangkan masa selepas solat untuk kita meminta kepada-Nya.


8. Zikir


Berzikirlah dan hayati makna zikir yang kita baca. Untuk rezeki paling power di sebut dalam Quran adalah Istighfar. Sentiasa meminta ampun dengan Allah. Zikir setiap pagi dan petang.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar - 100 kali

Selawat kepada Rasulullah S.A.W. - 100 kali

Istighfar - 100 kali

Banyak lagi zikir-zikir yang kita boleh amalkan.


9. Usaha


Pintu yang terakhir adalah usaha. Usahalah macam kita nak hidup 1000 tahun lagi. Beramal seperti kita akan mati esok hari. Usaha tetap kena ada. Tapi lebih baik ianya diberkati. Usaha sedikit, hasilnya banyak dan diberkati. Itu yang kita nak sepanjang hidup di dunia.


P/S : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. In Sha Allah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890