Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Makan Shihlin Taiwan Street Snacks

$
0
0
Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi pula tentang pengalaman makan petang di Shihlin Taiwan Street Snacks semasa berada di The Mines pada hari Ahad, 11 Mac 2018.


Nama Kedai :
Shihlin Taiwan Street Snacks

Laman Web : 


Kepada sesiapa yang masih belum pernah mendengar nama atau belum lagi mengetahui tentang kewujudan kedai makanan nih, mari Hans kongsikan sedikit info untuk rujukan anda semua. Shihlin Taiwan Street Snacks ini merupakan sebuah kedai makan yang menjual makanan-makanan ringan kegemaran masyarakat Taiwan yang sangat popular di pasar malam Taiwan. Cara penyediaan makanan mereka ini adalah sama seperti mana yang dilakukan di Taiwan. Menu-menu yang dijual oleh mereka juga mempunyai ciri-ciri asli makanan Taiwan seperti XXL Crispy Chicken, Crispy Floss Egg Crepe, Handmade Oyster Mee Sua dan Seafood Tempura.


Jadi, menu pertama yang Hans makan di sini ialah XXL Crispy Chicken. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, bahagian ayam yang dijual ialah bahagian dada yang besar, lembut danberair atauorang putih kata juicy. Senang cakap isi ayamnya memang tak kering sampai penat gigi anda nak mengunyah. Daging ayam nih pula disalut pula dengan tepung istimewa yang di import dan digoreng sehingga garing keemas-emasan. Kemudian ada pula rempah istimewa yang ditaburkan di atas daging ayam dan dihidangkan panas-panas untuk anda makan.

Sekali pandang memang nampak sama macam Ayam Uncle Bob tu tetapi rasa kedua-duanya berbeza. Sama lah macam anda pandang Hans dengan Shah Rukh Khan. Nampak sama tetapi sebenarnya dua orang yang berbeza. Menu XXL Crispy Chicken nih memang ada kelainan rasa dan pada pandangan Hans memang sedap dibuat makan petang sambil bergosip-gosip dengan orang yang kita lepak. Hahaha! Satu perkara yang Hans suka tentang menu ini ialah daging ayam nya yang tak kering dan tidak juga terlalu berair. Senang cakap rasa daging ayam tu seimbang. Ditambah lagi dengan tekstur tepungnya yang rangup serta rasa rempah yang pedas-pedas manja tu membuatkan menu ini memang berbaloi untuk dimakan. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu XXL Crispy Chicken :


Kuantiti Makanan:
Saiz Daging Ayam Besar Dan Berbaloi Dengan Harga

Rasa:
Sedap

Servis:
Pantas

Harga:
RM8.80 

Skala Sedap:
4 / 5 




Menu kedua yang Hans makan pula ialah Sausage Cheese Egg Crepe. Kalau ikutkan menu asal resipi ini sebenarnya tak ada sosej dan dikhabarkan menu ini antara menu yang paling laris dijual disini. Rasa keju serta sosej yang indah serta dibalut pula dengan kulit yang macam kulit popia tu memang menepati selera sebab ia hasil buatan tangan sendiri. Bukan guna mesin yer! Kemudian dimakan pula panas-panas memang akan membuatkan kepala anda menggeleng-geleng ke kanan dan kemudian ke kiri sambil memejam mata menikmati rasa sedap menu ini.

Nampak macam menu yang mudah tetapi tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Cuma memandangkan dah lama tak pegang kayu chopstik jadi memang mencabar sedikit lah untuk jari-jari Hans mengawal kayu chopstik tu. Dah macam nak berkungfu pula masa makan. Apa-apapun, Hans cukup suka cicah makanan nih dengan sos seperti yang anda nampak di dalam gambar tu sebab sedap dan sos nya pun likat. Memang satu kombinasi yang sedap bagi Hans bila keju, sosej, telur dan daun(Daun Apa Entah) bersatu. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu Sausage Cheese Egg Crepe :


Kuantiti Makanan:
Sederhana

Rasa:
Kombinasi Rasa Yang Menarik Dan Sedap

Servis:
Pantas

Harga:
RM7.80 

Skala Sedap:
4 / 5 


Jadi, ini antara pandangan ringkas Hans untuk makanan-makanan yang Hans dah makan di Shihlin Taiwan Street Snacks nih. Memang sesuai dimakan pada waktu petang dan kepada yang nak cuba makan tu boleh lah semak lokasi-lokasi cawangan Shihlin Taiwan Street Snacks nih yang kebanyakkannya boleh ditemui di sekitar pasaraya-pasaraya besar. Kalau dah makan nanti jangan lupa tinggalkan komen di bawah untuk kongsikan pengalaman anda menikmati menu-menu yang dijual di sini yer. Jumpa lagi untuk menu makanan yang lain pula.




P/S : Ada Lagi Dua Menu Nak Dikongsi Iaitu Shellout Bulldozer Dengan Fortune Saranghaeyo Kenny Rogers! Anda Nak Hans Kongsi Pandangan Untuk Menu Yang Mana Dahulu?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.