Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Pakej Perkahwinan Raja Sehari Daripada Magica Events And Functions Hall

$
0
0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Magica Events & Functions Hall untuk hadir ke Majlis Prebiu Ekslusif Dewan Acara Terbesar yang berlangsung dengan jayanya di Subang pada 16 Jun 2019 yang lepas.


Macam tahu-tahu sahaja Hans masih bujang kan? Hahaha! Jadi, secara tidak langsung acara ini memberi Hans bayangan tentang majlis perkahwinan yang boleh diadakan pada masa akan datang kerana terdapat pelbagai konsep serta pakej majlis perkahwinan menarik yang boleh dipilih untuk hari bahagia nanti.


MAGICA Events and Function Halls merupakan sebuah dewan acara terbaharu dan terbesar yang terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall dimana MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Hans yang baru pertama kali melangkah ke dewan agam ini berasa kagum saat pertama kali menjejak kaki ke kawasan ini.


Ini kerana MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classic Hall dan Garden Hall yang mempunyai keistimewaan serta keunikannya yang tersendiri mengikut citarasa bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mereka disini. Apa yang lebih menarik ialah kesemua dewan ini digabungkan serentak, ia boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa. Setiap dewan juga boleh berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magical Hall

Hans cukup kagum dengan Magical Hall yang merupakan dewan utama di Magica Subang ini kerana ia menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.


Jadi, permainan lampu-lampu ini menjadikan suasana keseluruhan dewan seperti berada di dunia fantasi yang penuh warna-warni. Apa yang lebih menarik ialah kawasan tengah dewan disediakan laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. 


Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Jadi, jika anda inginkan satu majlis perkahwinan yang ingin diingati oleh sanak saudara serta rakan-rakan maka Magical Hall adalah pilihan yang sangat tepat.

Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall dimana ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. 


Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. Jadi, jika anda mempunyai idea tersendiri yang lebih unik dan istimewa maka Classic Hall adalah pilihan yang paling tepat buat anda.

Garden Hall

Walaupun Garden Hall merupakan dewan yang paling kecil antara semua, namun Hans sangat menyukai suasananya yang seperti hutan hijau dimana ia persis sebuah taman nan damai lagi mengasyikkan. 


Dewan ini sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan yang berkonsep sederhana atau bersifat persendirian dimana ia sangat selesa untuk memuatkan 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet.


Dewan ini turut dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semula jadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal. Hans secara jujur sangat menyukai Garden Hall dan tiba-tiba terbayangkan majlis perkahwinan seakan-akan seperti ini. 

Perkara Menarik Sekitar Majlis Prebiu MAGICA

Selain dibawa melawat ketiga-tiga jenis dewan yang menarik di Magica Events & Funtion Hall, Subang ini, Hans juga turut berpeluang menikmati jamuan hidangan perkahwinan beberapa pihak katering yang terlibat pada majlis kali ini. Pada majlis ini, Hans berpeluang menikmati hidangan daripada pihak katerer Zai Sri Gemilang dan secara jujurnya Hans sangat sukakan hidangan menunya yang berasaskan daging. Serius sedap sangat! 


Selain itu, Hans turut berpeluang melihat kawasan-kawasan pihak vendor terlibat yang turut menyediakan perkhidmatan pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, pelbagai jenis barang cenderamata, kad perkahwinan, baju pengatin dan juga pakej bergambar yang terlibat dalam kerjasama dengan Magica Events & Funtion Hall untuk kali ini. 


Menariknya kerana mereka menyediakan diskaun hebat dan tidak keterlaluan untuk Hans katakan bakal raja sehari yang menggunakan pakej mereka bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij tetapi turut dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan. Jadi, buat anda bakal pengantin dan raja sehari yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan serta pakej-pakej dewan disini untuk majlis kahwin, majlis pelancaran produk mahu pun sebarang majlis serta untuk bilik mesyuarat, anda boleh layari laman-laman sosial Magica Events Sdn.Bhd seperti dibawah :


Alamat : 
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, 
No.3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor

Telefon :
 +6012-6787795

Facebook : 

Instagram : 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.