Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca sekalian merupakan peminat makanan Jepun? Kalau anda penggemar makanan Jepun maka Hans yakin anda pasti mengetahui dan mengenali menu Bento dan Onigiri yang sememangnya lazat dan mengenyangkan. Tetapi, anda percaya tak kalau Hans katakan anda boleh dapatkan makanan Bento dan Onigiri ini hanya dengan harga RM1 sahaja untuk setiap satu?
Pasti anda terkejut kan? Hans tidak hairan jika anda terkejut besar mendengar berita ini kerana selalunya makanan Jepun sememangnya dijual dengan harga yang agak mahal disebabkan bahan-bahan serta cara penyediaannya yang mengambil masa dan tenaga. Tetapi, untuk kali ini anda wajib percaya dengan apa yang Hans ingin kongsikan dimana anda boleh membeli Bento dan Onigiri ini dengan harga cuma RM1 sahaja di cawangan myNEWS.com terpilih di seluruh Malaysia sempena meraikan bulan September yang penuh dengan hari-hari menarik ini.
Bagi yang kurang mengenali makanan Jepun seperti bento ini maka inilah masanya untuk anda mencuba menu ini dengan mendapatkannya di cawangan myNEWS berdekatan dengan segera. Untuk makluman anda, Bento merupakan satu hidangan lengkap dimana isi kandungannya adalah nasi, lauk serta sayur atau jeruk yang diletakkan di dalam satu bekas yang disusun rapi. Terdapat pelbagai jenis bento yang dijual di myNEWS yang boleh anda cuba. Seperti Hans sendiri sememangnya sangat menggemari Bento Jumbo Chicken Cutlet dan sewaktu Hans tiba di cawangan myNEWS berdekatan dengan Sunway Velocity, Alhamdulillah masih terdapat lagi Bento kesukaan Hans ini di cawangan tersebut.
Onigiri pula merupakan nasi Jepun yang berbentuk segitiga dimana terdapat inti di bahagian dalam dan ianya dibalut dengan rumpai laut. Memang terdapat pelbagai jenis onigiri yang dijual di myNEWS seperti Salmon Teriyaki, Salmon Soy, Tobiko Kani Mayo dan Smoked Salmon With Cream Cheese. Memang semuanya sedap-sedap belaka. Paling seronok makan onigiri ini sebab saiznya yang besar dan memang buat Hans kenyang dalam jangka masa yang lama.
Sudah lah harga jualannya murah! Bento dan onigiri ini juga tergolong di dalam jenis makanan yang bukan sahaja enak tetapi penuh dengan khasiat yang baik untuk tubuh badan. Lebih menarik lagi kerana kedua-dua menu ini dihasilkan dan disediakan oleh pihak myNEWS sendiri setiap hari yang berjaya memastikan kesegaran serta kualiti makanan ini sentiasa terjamin.
Hans sendiri sebenarnya seronok dapat membeli bento dan onigiri di myNEWS ini kerana selain gembira dapat menikmati bento dan onigiri yang sedap, lokasi myNEWS sememangnya mudah dijumpai dan berjaya memberikan perkhidmatan yang mesra, selesa dan pantas untuk membantu Hans sendiri menjimatkan masa disebabkan Hans selalu terkejar-kejar waktu untuk kesana dan kesini.
Tetapi, tawaran RM1 ini bukannya pada setiap hari yer wahai para pembaca sekalian! Tawaran istimewa ini hanya berlangsung pada bulan September sahaja dimana promosi RM1 ini hanya berlangsung pada hari Selasa untuk Bento dan hari Khamis untuk Onigiri. Kalau anda membeli Bento dan Onigiri pada hari-hari lain maka harga jualannya adalah normal seperti kebiasaannya. Selain itu, Hans ingin tegaskan sekali lagi bahawa promosi RM1 untuk Bento dan Onigiri ini pula berlangsung di cawangan-cawangan myNEWS yang terpilih sahaja. Macam mana nak tahu cawangan myNEWS mana yang terlibat di dalam promosi RM1 nih?
Ini yang Hans nak kongsikan dengan anda semua ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk merebut tawaran RM1 ini ialah:
1) Muat turun aplikasi myNEWS pada telefon pintar anda.
2) Kemudian anda perlu mendaftar akaun anda pada aplikasi myNEWS.
3) Kad virtual anda dipaparkan menandakan anda sah menjadi ahli baru myNEWS.
4) Anda perlu tambah nilai e-dompet myNEWS anda.
5) Kemudian, anda boleh membeli Bento dan Onigiri pada harga RM1 sewaktu promosi berlangsung.
6) Kuantiti pembelian yang boleh anda beli adalah terhad kepada 2 bungkus untuk setiap resit.
Memang tidak rugi sebenarnya jika anda mendaftar sebagai ahli myNEWS kerana aplikasi ini memberikan anda pelbagai kelebihan seperti:
1) Dapat mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian
2) Dapat menebus mata ganjaran untuk mendapatkan pelbagai produk myNEWS, kupon dan lain-lain.
3) Mata ganjaran juga boleh ditebus melalui pengumpulan setem dimana ia bergantung kepada promosi yang bersesuaian.
4) Anda juga berpeluang mendapat pelbagai kelebihan dan manfaat melalui Membership Rangking Level dimana semakin tinggi tahap anda maka sebanyak kelebihan yang anda peroleh sewaktu berbelanja di myNEWS.
Selain itu, kalau anda penggemar roti seperti Hans sememangnya anda akan suka pergi ke myNEWS kerana lokasi ini kini menawarkan roti segar jenama Maru Bakes yang dijual di cawangan-cawangan myNEWS terpilih istimewa untuk para peminat roti. Hans sebab memang suka sangat roti Maru Bakes ini jadi Hans borong sakan lah tempoh hari. Bukan setakat Bento dan Onigiri sahaja ada promosi, Maru Bakes juga menyediakan tawaran menarik buat anda yang berbelanja produk roti mereka di myNEWS dimana anda boleh menyemak tawaran istimewa tersebut di aplikasi myNEWS anda.
Jadi, disini Hans kongsikan buat anda cawangan myNEWS yang terlibat di dalam promosi RM1 untuk bento dan onigiri ini. Pastikan anda menggunakan e-dompet aplikasi myNEWS anda sewaktu membayar untuk Bento dan Onigiri bagi mendapatkan harga promosi RM1 seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Serius memang berbaloi sebab mana nak jumpa Bento dan Onigiri yang dijual dengan harga RM1 sahaja? Hanya di myNEWS sahaja anda boleh jumpa untuk bulan September 2019 ini.
BENTO TUESDAY RM1 :
ONIGIRI THURSDAY RM1 :
MARU BAKES :
Seperti biasalah kalau dah nama promosi maka harga pun tersangat lah murah. Apabila harga murah maka banyak lah yang tertarik untuk datang ke myNEWS dan membeli Bento dan Onigiri ini. Jadi, Hans sarankan buat para pembaca sekalian untuk datang awal ke cawangan-cawangan myNEWS terpilih untuk mendapatkan Bento atau Onigiri kesukaan anda sebelum ia habis dibeli oleh orang lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial myNEWS seperti yang Hans kongsikan dibawah ini.
Laman Sesawang:
Instagram:
Facebook: