Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di antara pembaca setia dekat blog ini merupakan peminat tegar burger? Mesti anda semua sudah mencuba pelbagai jenis burger kan? Tetapi, pernah tak anda makan Sambal Petai Chicken Burger keluaran Marshall's Co yang terletak di SS15, Subang Jaya? Kalau belum lagi maka Hans sarankan untuk anda wajib beli dan rasa sendiri Sambal Petai Chicken Burger mereka yang sangat lazat dan mengenyangkan.
Kalau anda nak tahu, Hans telah mencuba sendiri 3 jenis burger yang dijual oleh Marshall's Co iaitu:
1) Sambal Petai Chicken Burger
2) Creamy Salted Egg Burger
3) Marshalls Original Burger
Sebagai salah seorang peminat petai, Hans pada mulanya berasa agak sangsi dan risau juga memikirkan bagaimana rasa menu Sambal Petai Chicken Burger ini disebabkan buat pertama kali Hans menikmati petai di dalam hidangan burger. Tetapi, apabila gigitan pertama masuk ke dalam mulut dan Hans memang tidak nafikan rasanya sangat sedap dan kena dengan anak tekak Hans ini. Petai yang terdapat di dalam burger sangat segar dan rangup. Lebih menarik ialah rasa sambalnya yang pada Hans sangat kena apabila digabungkan dengan rasa ayam yang empuk. Paling buat Hans teruja kerana bilangan petai yang terdapat di dalam burger ini sangat banyak. Memang berbaloi sangat-sangat dengan harga yang Hans bayar untuk makan Sambal Petai Chicken Burger ini. Terbaik!
Seterusnya, Hans menikmati pula Creamy Salted Egg Burger yang juga merupakan menu baru yang ditawarkan di Marshall's Co ini. Apa yang Hans boleh cakap Hans cukup sukakan rasa sos telur masin yang bukan sahaja melimpah ruah di atas daging ayam tetapi juga kerana kepekatan dan kelazatan rasa yang ditawarkan. Serius memang laju sangat Hans makan sebab sedap betul bila dimakan panas-panas. Memang anda wajib cuba!
Selain itu, Hans juga turut mencuba menu popular mereka iaitu Marshalls Original Burger. Apa yang istimewanya tentang burger ini ialah sos yang sangat sedap. Rasa sosnya mengingatkan Hans kepada sos yang ditawarkan oleh sebuah restoran terkenal yang menawarkan hidangan ribs dan stik di Malaysia. Jadi, Hans memang tidak terkejut kenapa burger ini menjadi burger kegemaran ramai disebabkan rasanya yang memang memukau. Serius, anda memang perlu cuba ketiga-tiga burger ini sekarang!
Istimewanya kerana Marshall's Co kini sedang mengadakan satu promosi istimewa dimana anda boleh membeli burger-burger ini pada harga yang cukup murah daripada biasa. Jadi, rebut peluang ini sekarang dan selamat mencuba menu-menu baharu ini secepat mungkin kerana Hans yakin anda akan sangat berpuas hati dengan kelazatan setiap hidangan dan pasti akan beli lagi kerana tidak puas dengan kelazatan yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Marshall's Co seperti dibawah: