Quantcast
Channel: Hans
Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

The Makan Shoppe : Dari Jalanan ke Restoran

$
0
0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis pelancaran cawangan pertama restoran berkonsepkan kopitiam iaitu TheMakan Shoppe yang bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Dengan visi untuk membawa makanan jalanan ke restoran bertaraf tinggi, The Makan Shoppe mengetengahkan konsep “From Street to Restaurant” yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa.


Dengan tagline 'Malaysia Street Food and More! Come LAH!', restoran ini menawarkan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan melalui menu istimewanya seperti Nasi Lemak Bungkus Pattaya yang menggunakan beras Basmathi serta Burgerala gerai jalanan yang eksklusif. Selain itu, restoran ini turut menawarkan minuman ikonik Bandung Dynamte yang menjadikan ia pilihan kegemaran pelanggan. Lebih menarik kerana makanan disini adalah HALAL.


Dengan pendekatan yang menggabungkan citarasa tradisional, inovasi moden, dan layanan mesra, The Makan Shoppe memberikan pengalaman makan yang lebih daripada sekadar menjamu selera. Pelanggan turut dipersembahkan dengan elemen budaya dan warisan Malaysia melalui setiap hidangan.


Pengerusi Eksekutif Arisprop Capital Bhd yang juga Pengarah Urusan The Makan Shoppe iaitu Dato’ Haji Haris menyatakan objektif pembukaan The Makan Shoppe adalah memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa.


The Makan Shoppe dijangka akan membuka beberapa cawangan baharu dalam masa terdekat merangkumi Pasaraya AEON di seluruh Malaysia (AU2 Setiawangsa, Nilai, Melaka, Kota Bharu, Shah Alam), bangunan ibu pejabat MARA, Pasaraya Mydin serta lokasi utama seperti Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan KLCC.


Sebagai usahawan bimbingan MARA, The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan & Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024.


Kepada para pembaca sekalian, silalah berkunjung ke cawangan pertama The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang untuk menikmati keenakan, keunikan, dan kepelbagaian hidangan jalanan Malaysia dengan sentuhan moden.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 890

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.