Quantcast
Channel: Hans
Viewing all 866 articles
Browse latest View live

McDonald's Hot N' Crispy Chicken

$
0
0
Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi sikit tentang menu kekal baru keluaran McDonald's yang kedua iaitu Hot N'Crispy Chicken Burger yang telah pun dijual mulai 26 Mac 2018 yang lepas.


Sebenarnya Hans dah melantak burger nih minggu lepas tetapi sebab kesibukan kerja jadi baru lah hari nih dapat kongsikan dengan hangpa semua. Untuk menu Hot N'Crispy Chicken Burger ini, rasanya lebih pedas kerana ia menggunakan sos jalapeno yang dikatakan mampu memberi rasa pedas yang menggigit bibir hangpa semasa dan selepas memakan burger nih. Jadi, harga untuk menu ini ialah RM14.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar RM12.95.


Jadi, sebelum makan tu macam biasa lah Hans dengan muka tak bersalah ambil gambar kotak dulu. Saiz kotaknya pun biasa-biasa jer. Jadi, mari kita tengok bagaimana rupa burger di dalam kotak nih.


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, sekali lagi Hans dapat burger yang berada di dalam keadaan yang baik dan kemas. Lepas tu tengok wajah roti burger nih pun nampak menarik dan menyelerakan.


Sekali lagi Hans cuba menguji keimanan hangpa semua dengan ambil gambar secara dekat, rapat dan jelas. Baru hangpa terliur bila tengok dekat laptop atau telefon hangpa tu kejap lagi. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat kejap apakah yang terdapat di dalam burger kali nih.


Seperti biasa semestinya ada ayam goreng crispy, sos cili jalapeno, cheddar cheese, mayonis, salad dan tomato. Macam mana? Nampak sedap tak?

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Hot N'Crispy Chicken Burger nih dekat-dekat. Hahaha! Mesti ada yang berdendam dengan Hans lepas tengok gambar nih sebab mesti perut hangpa semua terus berbunyi. Kan? Hahahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom tengok Hans makan.


Memandangkan Hans memang peminat Spicy Chicken McDeluxe, jadi memang burger nih rasa sama jer lah cuma yang berbezanya sebab ada sos jalapeno. Cuma itu sahaja! Sos tu memang rasa pedas tetapi sebab Hans nih kaki makan pedas jadi kira tak ada lah pedas sangat. Apa-apapun, alhamdulillah kenyang. Jadi, bagi Hans rasa burger nih memang saling tak tumpah sama macam Spicy Chicken McDeluxe yang cuma ditambah sos jalapeno sahaja. Jadi, memang Hans musykil juga lah sebab apabila dikata menu baru jadi memang Hans mengharap segala-galanya terutama rasa burger pun baru lah kan. Tetapi, tak ada perbezaan apa sangat pun. Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah cuba sebab selera setiap orang kan berbeza. Bagi Hans, burger nih sedap lah juga tetapi kalau nak kata ada kelainan rasa atau keunikan tu....rasa-rasa macam tak ada lah. Apa-apapun, selamat menjamu selera. 

SKALA SEDAP : 3.3 / 5

P/S : BANYAK BENDA NAK TULIS TETAPI INTERNET DEKAT KAMPUNG BERKELAJUAN SIPUT PULA. HAHAHA!


Undi Rosak

$
0
0
Assalammualaikum semua. Memandangkan waktu sekarang nih tengah panas dan hangat dengan kisah-kisah tentang pilihan raya umum yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, jadi Hans sebagai bakal pengundi untuk kali kedua ini nak berkongsi serba sedikit tentang cara sebenar nak memangkah kertas undi nanti buat sesiapa yang baru kali pertama mengundi.


Inilah cara-cara memangkah yang betul untuk calon yang anda rasa layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan ada mengundi nanti. Hans pun baru tahu kalau tiba-tiba garisan pangkah kita lebih dari kotak, kena dapatkan tanda tangan pegawai yang bertugas tu untuk sah kan yang undi kita bukan undi rosak. Jadi, nanti bila nak pangkah tu sila pangkah seperti di dalam gambar di atas.


Ini yang Hans nak kongsikan tentang undi rosak nih. Selain daripada gambar di atas :

1) Apa-apa sahaja yang hangpa tulis atau pangkah selain daripada bentuk pada gambar di atas, itu dikira undi rosak.

2) Jangan nanti hangpa gatai tangan pula pangkah semua kotak atau buat tanda right dekat kotak pangkah tu. Itu dikira undi rosak.

3) Jangan pula hangpa dok koyak kertas undi sebab geram tengok muka calon bertanding sebab tak hensem. Itu pun dikira undi rosak.

4) Paling teruk yang hangpa semua jangan buat, beratur dekat 7 jam tetapi tak pangkah apa-apapun dekat kertas undi. Biar kosong ja lepas tu buang dalam peti undi. Itu sah-sah memang dikira undi rosak. Baik hangpa tak payah mai beratoq! 

Sayanglah hangpa dah beratur panjang-panjang punya lah lama tetapi rupa-rupanya undi yang hangpa buat tu dikira undi rosak. Rugi masa dan tenaga. Baik duduk rumah sambung tidur jer. Hahaha. Jadi, elakkan daripada melakukan undi rosak tanpa sengaja seperti gambar di atas.


Jadi, selamat mengundi buat semua para pengundi tidak kira yang baru mahu pun lama. Masing-masing berhak pilih siapa yang mereka rasa layak, yang ada kredibiliti dan yang mampu memajukan kawasan tempat anda mengundi. Buat pilihan yang bijak. Yang penting tunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi sebab lima tahun sekali jer ada peluang mengundi. Selamat mengundi semua!

Makan Nasi Lemak Royale Team Kedah Serdang Raya

$
0
0
Assalammualaikum semua. Lama tak kongsi tentang makanan yang sedap-sedap nih kan. Jadi, kali ini Hans nak kongsikan dengan semua pembaca tentang salah satu menu yang sangat popular di Kedah iaitu Nasi Lemak Royale. Orang Alor Setar mesti tahu punya lah tentang menu yang sedap nih. Kalau tak tahu tu memang bukan anak jati Aloq Setaq lah tu. Hahaha! Nak dijadikan cerita berdekatan rumah Hans nih sudah ada cawangan baru Nasi Lemak Royale Team Kedah Cawangan Serdang Raya yang baru dibuka pada hari Jumaat, 9 Mac 2018.


Nama Kedai :
NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH (CAWANGAN SERDANG RAYA)

Alamat :
1G,
Jalan SR 7/3,
Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :
11.00 AM - 11.59 PM

Telefon :
0133866555 / 01139940944

Facebook : 


Menariknya semasa pembukaan cawangan baru ini, mereka bagi makanan percuma bermula pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi, sayangnya Hans tak berkesempatan merasa makanan percuma tu sebab sibuk bekerja semalam. Jadi, hari ini Hans ambil lah kesempatan untuk merasa sendiri Nasi Lemak Royale dekat sini pula. Nak tengok rasa nasi depa nih boleh pi jauh ka dak. Hahaha!



Restoran mereka masih baru dibuka dan hiasan serta dekorasi di dalam restoran masih lagi kosong. Tetapi, tak kisah lah sebab yang Hans tahu memang Hans nak cuba rasa dan nilaikan sama ada rasanya sama atau tidak dengan cawangan asal di Kedah. Memandangkan Hans pergi sana pun dah pukul 4 petang jadi banyak lauk dah habis masa tu. Cadangannya nak ambil ayam dengan sotong tetapi sotong dah habis. Jadi, Hans redha jer lah ambil seketul ayam dan kuah campur.


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Inilah wajah Nasi Lemak Royale Team Kedah yang bakal dijamah sebentar lagi. Sepatutnya mestilah sama macam gambar di atas ada kacang bendi dan cabai hijau tu kan? Sebenarnya ada jer tetapi Hans yang tak ambil. Kacang bendi nih Hans makan kalau buat gulai jer. Jadi, tunggu apa lagi? Hans mengketedarah dulu lah noh! YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!


Seperti biasa lah kalau dah makan kena bagi betul-betul habis. Tetapi, adalah sikit-sikit baki kuah dal dekat situ. Nasi Lemak Royale nih banyak REMPAH 4 SEKAWAN iaitu bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Cuma tadi kulit kayu manis tak pula dijumpai. Jadi, macam Hans bila makan nasi nih memang kena berhati-hati lah. Buatnya tergigit buah pelaga tu mahu hilang selera makan. Hahaha! Kalau tak ada rempah 4 sekawan tu pun tak seronok juga sebab itu yang buat rasa dan bau nasi tu sedap. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :


Kuantiti Makanan:
Banyak

Nasi Lemak Royale:
Nasi Sedikit Lembik 

Ayam Goreng Berempah:
Memang Padu

Kuah Campur:
Sedap

Kebersihan:
Baik

Servis:
Sederhana Pantas 


GAMBAR AMBIL DEKAT FACEBOOK TETAPI MEMANG INILAH RUPA DALAM RESTORAN TADI


Cuma sedikit pandangan dan teguran untuk pekerja-pekerj disini. Hans tengok kebanyakannya masih muda jadi mereka perlu lebih pantas dan lebih mesra dalam memberi servis serta layanan kepada pelanggan-pelanggan yang hadir. Jadi,  untuk harga makanan dan minuman yang Hans makan untuk kali ini adalah seperti di bawah cuma Hans terasa harganya macam sedikit mahal pula :

Nasi Lemak Royale Ayam + Sirap : RM8.00


Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans makan untuk kali ini di RESTORAN NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH CAWANGAN SERDANG RAYA. Patutnya boleh bagi 4 sebab ayam dan kuah dah sedap sangat dah. Cuma nasi tadi lembik sedikit jadi sebab itu Hans kurangkan jumlah skala sedap. Hehehe.

SKALA SEDAP : 3.7 / 5 


Untuk pengetahuan semua juga, dekat sini pun ada juga menu-menu western yang mula dijual bermula dari pukul 4.00 petang sehingga lah pukul 11 malam. Kepada yang dah pernah makan di sini, jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen. Kepada yang belum lagi berkesempatan untuk merasa nasi lemak royale dekat sini, silalah cuba sebab sedap hingga menjilat jari.

P/S : Lepas Nih Kena Pi Awai Lah Kalau Nak Makan Lauk Sotong! 

Kengkawan Project Di Bulan Ramadan

$
0
0
Assalammualaikum semua. Kali nih Hans nak kongsi serba sedikit tentang aktiviti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang bernama Kengkawan Project. Untuk pengetahuan semua, Hans dapat tahu tentang NGO nih sewaktu Hans melakukan penggambaran untuk program bulan Ramadan dan NGO ini memang sangat aktif membantu pihak-pihak yang memerlukan.


Memandangkan tidak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, jadi macam tak seronok pula kan kalau kita tidak berkongsi rezeki yang kita ada dengan mereka yang memerlukan tambah-tambah lagi di bulan Ramadan dimana kita sendiri tahu bulan yang penuh dengan keberkatan.

Jadi, Kengkawan Project ada empat aktiviti yang ingin dijalankan seperti yang tertera pada gambar di atas. Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi atau mesej wakil Kengkawan Project untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa kongsikan aktiviti Kengkawan Project ini dengan rakan-rakan anda dan di media sosial anda yer. In Sha Allah sama-sama kita membantu usaha murni ini. Assalammualaikum.

Keputusan Ujian Bakat Penerbit Rancangan

$
0
0
Assalammualaikum semua. Jika sesiapa yang masih ingat pada bulan Mac 2018 yang lepas, Hans ada berkongsi tentang kisah pengalaman Hans sewaktu menghadiri ujian bakat penerbit rancangan di Angkasapuri. Kepada sesiapa yang terlepas pandang boleh rujuk DISINI. Pada petang tadi tengah sibuk Hans bekerja di negeri Kelantan nih tiba-tiba masuk satu sistem pesanan ringkas (SMS) dekat telefon dengan tajuk Keputusan Ujian Bakat Penerbit Rancangan. Hans diminta untuk semak email untuk mengetahui keputusannya.


Alhamdulillah! Hans bersyukur sebab lulus. Secara jujurnya, Hans memang tak sangka pun lulus sebab boleh tengok sendiri apa yang Hans alami sepanjang hari ujian bakat penerbit rancangan sebelum ini. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan-rakan termasuk pembaca yang mendoakan kejayaan Hans. Apa-apapun, selepas ini ada Ujian Bertulis dan Terjemahan pula. Hans memang tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab bagi Hans, apa yang penting cuma buat sehabis baik. Selebihnya tu kerja Allah. Ada rezeki ada lah janji jangan berhenti berusaha dan berdoa. Apa-apapun, terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan Hans. Assalammualaikum.

P/S : Harap ada rezeki lagi untuk lulus peringkat seterusnya pula. Amin!



Review Filem Avengers: Infinity War

$
0
0
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem terbaru dan sangat dinanti-nantikan oleh semua kaki wayang pada minggu ini iaitu Filem Avengers: Infinity War yang telah ditonton sebentar tadi di GSC IOI MALL PUTRAJAYA.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Avengers: Infinity War nih, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

McDonald's Burger Nasi Lemak Ayam

$
0
0
Assalammualaikum semua. Dalam dua minggu ini memang Hans sibuk betul dengan kerja. Jadi, memang Hans tak tahu langsung yang McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Burger Nasi Lemak Ayam pada minggu ini. Sedar-sedar nampak iklan muncul dekat instagram. Seingat Hans memang Burger Nasi Lemak Ayam ini  pernah dijual oleh McDonalds tetapi cuma di negara Singapura. Memandangkan burger ini sudah wujud di Malaysia jadi Hans mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit tentang menu terbaru ini yang dijual dalam tempoh masa yang terhad sahaja.


Harga untuk menu ini ialah RM16.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar pada harga RM14.95. Secara peribadi, Hans merasakan harga untuk menu Burger Nasi Lemak Ayam nih agak mahal sebenarnya. Jadi, rasa-rasa berbaloi atau tidak Hans beli burger ini? Jawapannya ada dibawah.


Seperti biasa sebelum makan tu, Hans wajib ambil gambar kotak dulu. Warna kotak burger nasi lemak nih nampak menarik sebab mengambil inspirasi kulit daun pisang yang melambangkan nasi lemak.



Kalau rajin boleh baca info ringkas dekat kotak tentang burger nasi lemak kebanggaan McDonalds nih. Jadi, mari kita tengok bagaimana pula rupa burger nasi lemak ayam yang tersembunyi di dalam kotak ini. 


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, burger Nasi Lemak Ayam kepunyaan Hans berada di dalam keadaan yang baik dan nampak menyelerakan. Rupa roti burger pun nampak unik dan sedap. Burger Nasi Lemak Ayam ini dibalut dengan kertas untuk memudahkan kita memegang burger dan mengelakkan jari-jemari kita daripada comot terkena sambal. Satu pujian untuk McDonalds Malaysia kerana bungkusan burger yang menarik ini.


Seperti biasa mesti lah nak kena ambil gambar dekat-dekat untuk menguji keimanan para pembaca blog ini. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat sekejap untuk melihat dan mengetahui apakah intipati yang terdapat di dalam burger nasi lemak ayam ini.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Kepingan ayam empuk yang dimasak menggunakan santan dan disalut pula dengan kerangupan emping jagung. Kemudian ditambah pula dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis yang dimasak keperangan, serta kepingan timun segar dan ban cili. Aroma burger ini memang buat Hans terasa macam ada nasi lemak depan mata Hans.

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Burger Nasi Lemak Ayam nih secara dekat istimewa untuk anda semua. Hahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom mengketedarah sebentar!


Alhamdulillah! Selesai makan tengahari dengan lahapnya., Hahaha! Pada pandangan Hans, burger nasi lemak ayam nih sedap dimakan panas-panas dan alhamdulillah memang Hans dapat burger nih di dalam keadaan yang panas. Rasanya boleh tahan sama macam nasi lemak. Sambal nasi lemak pun boleh tahan sedap sebab tidak pedas dan tidak terlalu manis. Kiranya sesuai dimakan oleh semua golongan dari kanak-kanak sehingga warga emas. Kalau ikutkan Hans yang suka makan pedas nih, memang lagi sedap kalau sambal burger nih lebih pedas dan menyengat.



Jadi, bila Hans tengok balik komen dan ulasan-ulasan oleh ramai pihak yang telah pun mencuba Burger Nasi Lemak Ayam McDonald's nih, ada yang suka dan kata sedap. Ada yang tak suka dan kata tak sedap langsung. Untuk Hans pula, tak boleh Hans nak kata burger nih tak sedap sebab masa makan tadi memang rasa sedap. Nak kata terlampau sedap pun tak boleh juga sebab belum sampai tahap yang buat Hans rasa tak sabar-sabar nak makan burger nih untuk kali kedua. Apa yang Hans boleh cakap, McDonalds Malaysia berjaya membawa dan menterjemahkan rasa nasi lemak itu di dalam sebiji burger dalam keadaan sederhana mengikut kesesuaian dan selera tempatan



Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran anda kerana menu ini dijual di dalam waktu yang terhad sahaja. Jangan lah pula hangpa tanya mana nasi sebab tak ada nasi di dalam burger nasi lemak ayam ini. Hahaha! Apa-apapun, selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.5 / 5

P/S : BURGER PUN DAH BEREVOLUSI SEKARANG! SELEPAS NIH BURGER APA PULA AKAN DIJUAL DI PASARAN NANTI?

Makan-Makan Di Kelantan

$
0
0
Assalammualaikum semua. Pada 23 April 2018 sehingga 25 April 2018, Hans berkesempatan ke Kota Bharu, Kelantan atas urusan kerja. Jadi, untuk kali ini Hans sahaja nak kongsikan pengalaman Hans makan-makan sepanjang dalam perjalanan dan urusan kerja disana.

HARI PERTAMA

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa lebih kurang tujuh jam sampai naik kematu punggung Hans di dalam van. Jadi, Hans dan rakan sekerja yang lain pun mula bertanya sesama sendiri nak makan tengahari di mana. Hans pun mengambil langkah seribu dengan google makanan yang menarik dan sedap di Kota Bharu dan akhirnya bertemu lah dengan sebuah gerai makan bernama D Tower Soup.


Memang ramai betul orang tempatan makan tengahari dekat sini. Banyak juga menu tetapi mengikut rujukan dan komen-komen yang Hans sempat baca di internet mengatakan ayam bakar dan sup dekat sini sedap. Jadi, Hans pun pesan lah menu-menu ini untuk makan tengahari.


Kalau tengok pada rupa sup nih memang nampak tak sedap. Hans pun mula was-was sedap ker tidak sup nih. Tetapi, sekali hirup...perghhhhhh!! Terangkat beb! Sedap lah sup nih! Patut ramai orang makan dekat sini.


Ayam bakar dekat D Tower Soup nih pun sedap. Rencah dan perapan dia memang syahdu lah. Manis-manis yang memang sesuai dengan anak tekak Hans. Baguslah orang Kelantan sekarang dah mengurangkan manis di dalam makanan dan minuman. Kalau dulu-dulu memang manis melecas makanan dan minuman orang Kelantan nih. Alhamdulillah sekarang masing-masing dah jaga kesihatan. Hehehe!


Ini set nasi untuk makan. Ada nasi putih, sejemput taugeh dan satu sudu besar sambal. Jadi, mari melantak berjemaah dengan rasa gembiranya.


Nampak licin pinggan tu? Hahaha! Licin sebab lapar dan dalam masa yang sama memang sedap. Tetapi, harga makanan dekat sini sangat ngeri yer! Memang agak mahal sebenarnya. Jadi, seeloknya kalau hangpa makan dekat sini, sebelum hangpa ambil sebarang lauk ker sup ker air ker, adalah wajib hangpa tanya harga dulu sebab dekat kedai pun mereka ada tampal notis minta pelanggan tanya harga makanan. Takut nanti lari baget pula. Hahaha! Apa-apapun, menu-menu dekat sini yang Hans sempat makan memang sedap cuma harga jer tak sedap. Hahaha! 


Petang pula tu pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Dekat sini memang terkenal dengan makanan bernama Colek. Hangpa pilih lah makanan apa yang hangpa suka nanti tukang masak akan goreng balik untuk panaskan. Sepanjang Pantai Cahaya Bulan tu memang ada berbelas atau berpuluh kedai makan yang jual Colek nih. Nasib kedai yang Hans makan nih Colek dan sos nya sedap.


Jus mangga antara minuman kegemaran Hans. Jadi, Hans saja lah cuba minum Mango Float dekat sini dan ternyata sedutan pertama berjaya membuatkan Hans terawang-awang di udara. Hiperbola betul kan? Hahahaha!


HARI KEDUA


Hari kedua adalah hari yang teramat sibuk sebab Hans dan rakan-rakan bekerja. Jadi, Hans tak sempat nak ambil gambar depan kedai makan nih. Lokasi kedai pun Hans tak tahu cuma yang Hans tahu dekat dengan Pasir Puteh. Tetapi, makanan kampung dekat sini memang sedap weh! Solok sedap! Budu sedap! Sayur sedap! Ikan sedap! Kerabu pauh sedap! Sedap belaka lah! Hahaha! Memang menambah lah makan sebab sedap sangat. Kena pula dengan Teh O Beng! Memang terbaik!


Malamnya tu makan dekat satu kedai makan nih. Hans ternampak ada cucur udang jadi tanya dekat pekerja kedai tu ada Mee Rebus ker dekat sini dan dia kata ada. Hans pun pesan lah mee rebus sekali yang sampai mee hailam. Lepas tu ada kawan-kawan Hans dari Kelantan cakap mee rebus dekat Kelantan tu ialah mee hailam. Oh, tidak! Tipah tertipu! Hahaha! Tetapi, alhamdulillah nasi Mee Rebus versi Kelantan nih boleh tahan sedap. Dapat tidur lena malam tu.


HARI KETIGA


Perhentian makan pertama ialah kawasan yang berdekatan dengan Gua Musang. Hans lupa nak ambil gambar kedai sebab masa tu baru bangun tidur. Dekat sini Hans makan nasi putih dengan sup tulang jer. Rasa biasa-biasa jer. Boleh lah buat perut kenyang. Tetapi, sirap bandung cincau kedai nih sedap. Kena pula masa tu panas terik jadi memang pilihan yang bijak.


Tiba waktu petang, tiba-tiba rakan sekerja kata nak makan Lemang To'Ki dekat Bentong. Hans pun memang okay jer sebab tahu lemang situ sedap. Sekali pergi tiba-tiba lemang dah habis. Jadi, terpaksa makan ayam bakar sahaja. Nasib ayam bakar kali nih sedap sebab sebelum nih Hans makan isi ayam agak kering. Tetapi, yang kali ini sedikit juicy jadi memang seronok lah makan.


Sudah lah lemang dah habis, cendol To'Ki nih pula mengecewakan. Sebelum nih Hans pernah makan cendol dekat sini dan rasanya sedap. Tetapi, yang kali ini memang tak sedap. Sangat mengecewakan!


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lemang To'Ki wujud kembali.Pelik tetapi benar! Teruslah beratur pergi beli. Alhamdulillah! Memang rezeki dapat makan lemang To'Ki yang sedap bersama rendang ayamnya yang sedap. Jadi, berakhir sudah sesi Hans berkongsi senarai juadah makanan yang dimakan sepanjang tiga hari bekerja di Kota Bharu, Kelantan. Jumpa lagi dalam kisah makanan yang seterusnya iaitu pengalaman Hans makan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur.

P/S : Sekarang Hans Sedang Berada Di Kemboja Atas Urusan Kerja. Doakan Semuanya Baik-Baik Belaka Yer. 


Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

$
0
0
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans nak berkongsi tentang pengalaman Hans serta pihak media lain yang dijemput oleh pihak Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur untuk merasa keenakan Juadah Warisan Ramadan Buffet di Soi 23 Restaurant yang terletak di tingkat 23 hotel ini. Untuk sesiapa yang mungkin kurang arif tentang kawasan Kuala Lumpur, restoran dan hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.


Nak dijadikan cerita Hans terlambat sampai sebab tersalah pilih Grab Sharing. Keluar pukul 6.15 petang tetapi sampai dalam pukul 7.30 petang sebab pemandu grab ambil penumpang lain. Jadi, memang Hans tak sempat nak ambil gambar makanan dalam keadaan cantik sebab masa Hans sampai tu memang semua tengah bergembira menjamu selera sambil dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Hahaha! Puasa pun belum tetapi dah raya dah.


Keluar jer daripada lif di tingkat 23 tu, memang akan terus nampak Soi 23 Restaurant di sebelah kanan. Cantik juga dekorasi di depan restauran. Memang terasa Hari Raya Aidilfitri tu. Hehehe! Kedatangan Hans disambut mesra oleh Pegawai Perhubungan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Terima kasih kerana sentiasa mesra dan ramah melayan kehadiran Hans dan rakan.


Sampai-sampai jer dalam tu terus mata Hans terpandang Kambing Golek Bakar yang disediakan sekali dengan Briyani Pak Arab. Perghhhhh!! Memang tidak daku lepaskan peluang ini. Teruslah pergi ambil dan melantak terus. Hahaha! Daging kambing sangat lembut dan sos lada hitam sebagai pencicah memang serius sedap bak hang! Terbaik!


Kemudian Hans cuba pula makan Ayam Briyani. Bahagian peha ayam yang memang besar. Jenuh nak makan tetapi sebab memang rasanya sangat sedap, sedar tak sedar tinggal tulang jer lah. Hahaha! Kepada sesiapa nanti yang tempah tempat untuk bulan puasa nanti, jangan lupa cuba menu Ayam Briyani nih.


Menu Udang Bakar Sambal Petai ini antara menu yang laku teruk semalam. Memang ramai betul yang berulang-ulik semata-mata nak menambah udang dan petai di dalam pinggan. Serius! Ini antara menu yang Hans syor kan kepada anda semua untuk makan apabila datang ke Juadah Warisan nanti. Serius sedap weh!


Nama menu ini pula ialah Rendang Tok Wan. Daging sangat lembut. Rasa pun boleh tahan lah! Sedap kalau dimakan dengan nasi.


Menu ini merupakan antara menu kegemaran Hans iaitu Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api. Walaupun nama ayam pencen tetapi korang jangan risau sebab isi ayam nih lembut. Hans cukup suka dengan rasa masak lemak nih. Kombinasi yang cukup kena. Cuma kalau lagi pedas lagi Hans suka. Tetapi, nanti kasihan pula dekat orang yang tak tahan pedas. Hehehe! 


Ini pula ialah Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi. Rasanya masih boleh tahan sedap. Hans makan tanpa nasi. Rasanya kalau digabung dengan nasi putih pasti lebuh umm rasanya. Hans tak ambil nasi sebab takut terkenyang awal. Hahaha!


Nama menu ini pula ialah Gulai Lemak Pisang Muda. Hans kalau pisang yang dimasak ini Hans kurang minat sangat tetapi semalam bila makan rasa sedap pula. Hahaha!


Kepada yang tak makan ayam atau daging dan suka lauk ikan tu, jangan risau sebab ada macam-macam menu berasaskan ikan. Ada Asam Pedas! Ada Ikan Bakar! Ada Ikan Masak Tempoyak. Senang cakap memang banyak menu berasaskan ikan yang sedap-sedap. Hans tak makan pula semalam sebab fokus pada ayam, daging dan udang. Hahaha! Tetapi, kawan Hans makan dan dia cakap ikan pun sedap.

Secara jujurnya, Hans memang puji kelazatan lauk-pauk yang disediakan oleh Ketua Chef Zairul serta anak buah beliau sewaktu Hans dan rakan menikmati makanan-makanan yang dihidangkan. Memang banyak menu yang popular dari seluruh Malaysia terutama menu masakan kampung yang ditawarkan disini seperti Gulai Kawah Pantai Timur, Gulai Okra Kari Utara, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan banyak lagi lah. Senang cakap memang puas hati bila berbuka puasa nanti sebab dapat makan lauk-lauk yang sangat-sangat lazat.


Oh yer! Hans lupa pula nak bagitahu. Kepada siapa yang minat makan kerabu, dekat sini memang syurga kerabu. Ada pelbagai jenis kerabu dan semua sedap-sedap. Terbaik betul lah!


Kepada yang mementingkan kesihatan tu, dekat sini pun ada berpuluh-puluh jenis ulam-ulaman istimewa untuk penggemar ulam. Makan lah sampai kosong bakul tu nanti. Yang penting ulam-ulam dekat sini memang segar dan bersih.


Suasana di dalam Soi 23 Restaurant nih sebenarnya meriah dan cantik. Cuma kamera telefon Hans nih pening sikit kut tiba-tiba jadi warna cerah. Kalau ikutkan keadaan restoran nih romantik-romantik dengan warna jingga lampu tu. Hehehe! Jadi, selepas makan yang berat-berat, manjakan pula perut dengan menu-menu separa berat dan ringan-ringan seperti di bawah nih.



Memang ada banyak menu-menu sampingan yang lain macam laksa, mee rebus, satay, otak-otak, lemang, goreng pisang, murtabak, dan aneka kuih muih tempatan yang disediakan. Cuma antara hangpa larat nak makan atau tak jer. Hahaha!


Pencuci mulut dekat sini memang sedap-sedap. Sampai sekarang Hans masih teringat Cheese Cake dan Moist Chocolate Cake disini. Memang sedap sungguh! Dekat sini juga ada kawasan membuat cendol serta aiskrim. Hans masa nih dah lupa dah nak ambil gambar sebab seronok menikmati rasa manis dan lemak-lemak coklat dan cheese. Hahahaha!


Alhamdulillah! Hans sekarang nih dah memang berisi. Lepas tu sumbat pula macam-macam memang semakin ke depan lah perut tu. Hahaha! Apa-apapun, memang puas hati dengan hidangan-hidangan dan juadah-juadah yang disediakan oleh Chef Zairul dan anak-anak buahnya. Memang sedap dan terbaik! Terima kasih kepada pihak Pacific Regency Hotel Suites serta Soi 23 Restaurant yang memberi layanan yang cukup baik dan mesra serta menghidangkan makanan-makanan yang sedap belaka ini kepada Hans. Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati Juadah Warisan ini sewaktu berbuka puasa nanti, bolehlah lihat info di bawah ini untuk menempah.  



Juadah Warisan Ramadan Buffet

Alamat:
Soi 23 Restaurant,
Level 23 Pacific Regency Hotel Suites,
Off Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
19 Mei 2018 - 13 Jun 2018

Waktu:
6.30 P.M - 10.30 P.M

Harga:
RM98++ (Dewasa)
RM49++ (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Nombor Telefon:
+603 2332 7788

Email:
fnbadmin@pacific-regency.com

Laman Facebook:


P/S : Mesti Seronok Kalau Dapat Bawa Keluarga Atau Orang Tersayang Menjamu Selera  Di Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur Nih :)

Hans melawat Kedutaan Malaysia di Kemboja

$
0
0
Assalammualaikum semua. Pada 28 April 2018 sehingga 29 April 2018, Hans berkesempatan terbang ke Phnom Penh, Kemboja atas urusan penggambaran bersama Dr Wan Abdul Hannan serta para sukarelawan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang melakukan aktiviti amal di sana. Paling tak disangka, Hans berpeluang masuk ke dalam bangunan Kedutaan Malaysia di Kemboja dan bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia yang bertugas di bumi Phnom Penh ini. Satu pengalaman yang Hans sifatkan sangat mahal dan berguna.

ADA NAMPAK APA-APA TAK DALAM GAMBAR NIH?

Secara tak langsung, kehadiran Hans disini sangat membantu Hans untuk tahu lebih lanjut tentang apa sebenarnya tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pihak kedutaan disini. Tugas-tugas mereka banyak tetapi yang menarik minat Hans ialah apabila mereka terlibat di dalam menghadiri mahkamah untuk mengikuti kes-kes jenayah atau sebarang kes yang melibatkan rakyat Malaysia disini. Jadi, Hans dapat tahu banyak juga kisah-kisah tentang warganegara kita yang dipenjara disini terutamanya disebabkan jenayah penyeludupan dadah serta menjadi keldai dadah antara sedar atau tidak. Memang menyedihkan! Jadi, kepada semua yang suka melancong tu diharapkan anda semua berhati-hati apabila berada di tempat orang yer.

ENCIK RUZAIMI DAN DR HANNAN RANCAK BERCERITA TENTANG HBB

Yang paling menarik dan Hans sendiri pun baru tahu, pegawai kedutaan berkongsi info dimana adalah lebih baik jika sebelum kita terbang ke mana-mana negara, kita maklumkan dahulu kedatangan kita kepada pihak kedutaan Malaysia di berada di negara-negara yang kita lawati melalui email. Di dalam email boleh kongsikan butir peribadi, tempat penginapan sewaktu berada di negara yang anda lawati serta berapa hari anda berada disana kerana jika ada apa-apa yang berlaku seperti kes kematian atau kehilangan, mudah untuk pihak kedutaan menjejaki anda.

HANSHANIS.COM SECARA RASMI MENINGGALKAN JEJAKNYA DI PAPAN INI

Perkara yang membuat Hans terasa sangat teruja apabila Hans dan rakan-rakan yang lain berpeluang meninggalkan jejak di Kedutaan Malaysia di Kemboja ini melalui tandatangan kami di kawasan yang disediakan. Alhamdulillah, hanshanis.com telah berjaya meninggalkan jejaknya disini dan diharapkan nama blog ini akan pergi lebih jauh selepas ini dan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana. 

BERGAMBAR DI HADAPAN RUMAH MALAYSIA PHNOM PENH BERSAMA PEGAWAI KEDUTAAN

Terima kasih kepada Encik Ruzaimi serta pegawai bertugas yang lain kerana melayan kami dengan cukup ramah dan mesra serta sudi membawa kami melawat keseluruhan bangunan kedutaan Malaysia yang terletak di bandar Phnom Penh, Kemboja ini. Sangat seronok mendengar penerangan mereka tentang negara Kemboja. Banyak ilmu dan input baru yang bernilai diperoleh disini.

NAMPAK GAYANYA HANS PERLU DIET UNTUK KEMBALI LANGSING DAN MENJADI KACAK SEMULA! 

Alhamdulillah, sempat bergambar kenang-kenangan bersama Encik Ruzaimi serta pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kemboja ini sebelum pulang ke Malaysia. In Sha Allah, kita berjumpa lagi kalau ada rezeki dan berpeluang bekerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di Kemboja pada masa akan datang. Amin!

P/S : Selepas Ini Hans Akan Kongsikan Pengalaman Selama Dua Hari Berada Di Phnom Penh, Kemboja Bersama Kumpulan Sukarelawan Hospital Beyond Boundaries (HBB). Nantikan!

Hospitals Beyond Boundaries Phnom Penh, Kemboja

$
0
0
Assalammualaikum semua. Seperti yang dijanjikan, Hans nak berkongsi pengalaman Hans mengikuti kumpulan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ke Phnom Penh, Kemboja pada 28 April 2018 sehingga 29 April 2018. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Hans berpeluang pergi ke Phnom Penh dan semua lawatan atas urusan kerja.


Sebelum itu, Hans nak berkongsi sedikit info kepada semua pembaca yang mungkin masih belum mengetahui tentang kewujudan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ini. Untuk makluman semua, HBB telah diasaskan pada tahun 2012 oleh dua orang anak muda melayu yang berpendidikan dalam bidang perubatan iaitu Dr Wan Abdul Hannan dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman. Apa yang membanggakan  Hans ialah sewaktu HBB ini ditubuhkan, mereka berdua masih lagi di dalam pengajian. Faham-faham lah belajar dalam bidang perubatan ini sememangnya sibuk tetapi mereka berdua memang ada azam yang kuat sehingga berjaya mencapai impian menubuhkan HBB ini yang bermula di Phnom Penh, Kemboja.


Penerbangan Hans bersama krew produksi ke Phnom Penh, Kemboja pada pukul 11.15 pagi dan memandangkan kami sampai awal jadi sempat lah bersarapan dahulu di Restoran Killiney. Sekadar memesan secawan kopi dan satu set roti bakar untuk mengalas perut.


Masa nih masing-masing tengah kebosanan menanti kapal terbang sampai. Lelaki berbaju merah yang kacak bergaya itu ialah Dr Hannan. Manakala yang lain ialah krew produksi serta geng Kengkawan Project.


Memandangkan sudah setahun setengah tak naik kapal terbang jadi tiba-tiba rasa teruja buat sementara waktu. Itu yang ambil gambar-gambar macam nih tu. Hahaha!


Bukan namanya orang Malaysia lah kalau tak ambil gambar passport dan gambar makanan di dalam kapal terbang. Hahaha! Menaiki pesawat AirAsia dan buat pertama kali berpeluang menikmati juadah Kung Pao Chicken bersama nasi. Alhamdulillah boleh tahan sedap!


Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di Lapangan Terbang Antarabangan Phnom Penh, Kemboja selepas perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Jadi, kami ada dua kenderaan untuk menuju ke HBB Phnom Penh Clinic iaitu kereta dan tuk tuk. Hans ambil keputusan nak naik tuk tuk. Baru rasa mencabar dan dapat menikmati kehidupan di bumi Phnom Penh nih.


Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di HBB Phnom Penh Clinic. Wah! Dah besar premis klinik HBB dekat sini. Pada asalnya, pasukan sukarelawan HBB nih hanya bermula dengan sebuah klinik bergerak sahaja. Tetapi, hasil usaha dan kegigihan mereka dan akhirnya HBB telah berkembang dengan mempunyai klinik mereka sendiri. Apa yang membuatkan Hans semakin bangga dengan pasukan HBB ini ialah mereka bukan sahaja ada klinik tetapi kini mereka juga sudah ada sebuah hospital bersalin yang terletak di tepi klinik mereka sendiri untuk membantu masyarakat miskin di Phnom Penh ini..


Apa yang Hans cukup suka dengan misi dan visi HBB ini ialah mereka bukan sekadar datang memberi bantuan dan kemudian pulang ke Malaysia. Dr Hannan sendiri memberitahu Hans yang mereka tidak mahu memberi bantuan seperti itu kerana mereka tak mahu selepas habis bantuan diberi atau digunakan dan keadaan masyarakat sekeliling kembali sama seperti sedia kala. Jadi, pihak HBB telah melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kemboja yang mempunyai kelayakan di dalam bidang perubatan untuk berkhidmat kepada masyarakat mereka sendiri dan secara tak langsung menjana ekonomi mereka. Inilah antara punca yang Hans cukup suka dan bangga dengan apa yang HBB usahakan ini.


Hans berpeluang menemuramah salah seorang sukarelawan HBB iaitu Dr Inah Ja Abd Jalil (GAMBAR DI ATAS) dan sememangnya kini mereka telah mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat yang sudi mendapatkan rawatan di HBB. Hans juga berpeluang mengenali dan bertanyakan beberapa soalan kepada doktor-doktor di HBB yang merupakan anak jati Kemboja seperti Dr Kop Roly yang beragama Islam dan Dr Tauch Kimmaro yang bukan beragama Islam. Alhamdulillah walaupun berlainan bangsa dan agama namun kerjasama erat kesemua pekerja dan sukarelawan HBB ini menjadikan mereka lebih kuat untuk berbakti kepada seluruh masyarakat Kemboja. 


Satu perkara menarik yang dikongsikan oleh Dr Hannan pada awal penubuhan HBB di Phnom Penh, Kemboja ialah daripada segi rawatan yang diberi. Di Malaysia serta hampir kebanyakan negara maju di seluruh dunia mempraktikkan amalan memberi pil sebagai ubat tetapi berbeza dengan amalan perubatan di Kemboja dimana masyarakat mereka percaya rawatan yang bagus apabila mereka diberi vitamin C serta dimasukkan air garam di dalam badan. Jadi, pada permulaannya HBB pernah menerima kritikan negatif daripada penduduk berdekatan yang mengatakan rawatan di HBB tidak bagus kerana mereka tidak diberi vitamin C dan badan mereka tidak dicucuk untuk memasukkan air garam. Kini HBB bergerak lebih hebat untuk cuba mengubah pandangan dan stigma masyarakat sekitar tentang amalan perubatan yang dipercayai mereka itu supaya menerima amalan perubatan yang dilakukan seperti di Malaysia dan kebanyakan negara dunia yang lain.


Hospitals Beyond Boundaries juga pernah mendapat pengiktirafan besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha mereka membantu penduduk Kemboja. Bagi Hans, berpeluang tiba dan melihat sendiri kejayaan HBB di Phnom Penh, Kemboja ini memberikan satu perasaan bangga kerana melihat anak-anak Melayu ini sanggup bersusah payah membantu masyarakat yang memerlukan tanpa memikirkan langsung tentang keuntungan. Adakalanya mereka sendiri sanggup menggunakan duit simpanan mereka untuk merealisasikan segala usaha dan bentuk rawatan yang ingin diberikan kepada masyarakat disini. Tahniah buat semua yang terlibat di dalam HBB ini. 


Untuk makluman semua juga, HBB bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Kemboja sahaja. Mereka juga turut membantu rakyat Malaysia terutamanya gelandangan di kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. HBB sememangnya mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan perancangan untuk menambahkan lagi jenis dan bentuk bantuan kepada masyarakat.

1) Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HBB?

2) Anda berminat untuk menjadi sukarelawan HBB?

3) Anda berminat untuk memberi sumbangan dana dan sebagainya?

4) Anda berminat untuk menaja aktiviti-aktiviti HBB?


Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda untuk berhubung dengan pihak HBB.

Hospitals Beyond Boundaries (HBB)

Alamat:
9119,
Jalan Kerdas 1,
Batu 6,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Email:
enquiries@hbb.org.my

Laman Facebook:

Laman Web:


Sebagai tanda sokongan kepada HBB, Hans dengan ini menyeru kepada semua pembaca supaya berkongsi tentang artikel ini di laman sosial masing-masing. Sebarkan agar usaha murni yang cukup baik ini mendapat sokongan lebih ramai pihak dan secara tidak langsung lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

P/S : Nanti Hans akan kongsikan tentang pengalaman Hans menyertai Dr Hannan memberi rawatan perubatan kepada penduduk Kemboja yang tinggal di atas bot di sebuah kawasan yang sangap daif dan agak kotor. Nantikan!

LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL

$
0
0
Assalammualaikum semua. Hans sambung kembali kisah di Phnom Penh, Kemboja. Jadi, pada malamnya Hans dan rakan sekerja berperluang bermalam di sebuah hotel butik yang terletak di bandar Phnom Penh iaitu LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL.


Sebut sahaja tentang hotel butik ini pasti akan mengingatkan Hans kepada sebuah hotel butik yang terletak di bandar Georgetown, Pulau Pinang. Kenapa Hans teringat kan hotel tu? Sebab hotel tu sangat besar dan cantik. Jadi, adakah LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL ini juga seperti itu? Hans memang tak sabar-sabar nak masuk bilik hotel nih.


Masuk sahaja kawasan lobi hotel memang dah membuatkan Hans terpukau dengan kecantikan hiasan dalaman, susunan perabot serta dekorasi hotel nih. Serius cantik weh!


Sampai jer lobi hotel nih memang boleh tengok banyak wajah-wajah Melayu dan orang Islam yang menginap disini. Muka-muka Mat Saleh dan Eropah pun banyak juga. Jadi, masa untuk check in.


Tempat receptionist ini pula sangat lawa dan unik. Kami ada 6 orang dan setiap bilik memuatkan 2 orang. Jadi, pekerja hotel ada bagitahu kami yang salah satu daripada tiga bilik ini merupakan bilik yang cukup istimewa. Kami masa tu semua bersemangat dan teruja lah sebab tak tahu bilik siapa yang bertuah tu kan.


Sewaktu melalui kawasan mencari bilik masing-masing, memang pintu bilik Hans sahaja yang ada gerbang macam dekat atas gambar nih. Masa tu terfikir adakah Hans orang yang bertuah tu? Mari kita lihat wajah bilik hotel yang Hans bermalam nih.


Wahhhhhhh!! Siap ada kelambu yang tak tahan tu. Hahaha! Tetapi, serius cantik betul bilik hotel nih. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Kira memang selesa sangat lah!


Bilik air hotel nih pun boleh tahan cantik. Cuma yang kelakar tu pintu utama bilik air nih ala-ala pagar rumah dan ada suku bahagian yang tak boleh tutup rapat. Nasib ada langsir jadi boleh tutup bahagian tu. Hahahaha! Sebenarnya hotel butik nih sangat sesuai untuk suami isteri atau pasangan yang baru berkahwin.


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pintu bilik Hans diketuk dengan rakusnya daripada luar. Bila buka pintu terus rakan-rakan sekerja lain suruh pergi sebuah bilik nih. Hans sebenarnya terlupa yang ada satu bilik yang dikatakan istimewa tu jadi memang Hans masuk tu tanpa fikir apa lah kan. Sekali masuk dalam bilik tu....mak datukkk!! Besar gila weh! Tab mandi ada depan katil weh! Sebelah tab mandi tu pula ada ruangan mandi terbuka yang memang ala-ala dalam istana. Selepas itu masih ada bilik air macam dekat bilik Hans tu. Hahaha! Memang bersorak lah masing-masing sambil ketawa sebab yang duduk bilik nih ialah pasangan suami isteri. Ala-ala berbulan madu pula jadinya. Memang serius terbaik dan cantik sangat-sangat bilik hotel nih. Memang rezeki mereka dapat bilik nih dan sangat sesuai dengan status sebagai suami isteri.


Seronoknya bila menginap dekat LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL ini sebab Phkar Romyool Restaurant yang menyediakan makanan untuk hotel ini menyajikan makanan halal. Jadi, tak payah susah-susah nak cari makanan halal pada waktu pagi dekat bumi Phnom Penh nih. Yang penting restoran hotel nih pun memang cantik sangat-sangat.


Jadi, kepada sesiapa yang akan bercuti atau menggembara dekat Phnom Penh, Kemboja nanti tetapi masih belum tahu dekat mana nak tinggal untuk bermalam mungkin boleh jadikan hotel butik ini sebagai pilihan utama anda nanti. Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda.

LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL

Address:
No 16,
Street 130,
Sangkat Phsar Thmey l,
Khan Daun Penh,
Phnom Penh,
Cambodia.

Phone:
+855 (0)23 966 699

Email:
reservation@legrandpalaishotel.com

Website:
Le GRAND PALAIS Boutique Hotel


P/S : Selepas Ini Hans Akan Kongsikan Pengalaman Makan Malam Di Kawasan Phnom Penh. Nantikan!

Makanan Halal Di Phnom Penh

$
0
0
Assalammualaikum semua dan seperti yang dijanjikan Hans nak berkongsi pula kisah makan malam di Phnom Penh, Kemboja. Jadi, pada malamnya Hans dan rakan sekerja dibawa oleh para sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) menuju ke kawasan tempat makan yang bersusun berhadapan dengan Sungai Mekong. Kami menaiki tuk tuk dan melalui deretan restoran yang menghidangkan arak dan daging babi sebelum akhirnya tiba di penghujung restoran yang menyajikan makanan halal iaitu TEY TEY OYSTER.


Restoran Tey Tey Oyster ini menyajikan makanan laut yang halal dan kami hanya membiarkan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) sahaja memesan juadah-juadah untuk kami. Jadi, tiba-tiba makanan yang sudah siap dibawa ke meja dan dihidangkan kepada kami.


Udang Ketam Masak Sos Lada Hitam yang sangat sedap. Memandangkan Hans tak makan ketam jadi memang udang yang menjadi sasaran utama Hans pada malam tersebut. Menariknya pihak restoran menggunakan lada yang segar. Hans pada mulanya ingatkan buah apa jadi saja lah cuba-cuba gigit. Tiba-tiba rasa pedas dan baru perasan lada rupanya. Hahaha!


Tomyam Phnom Penh yang ada udang, ketam dan sotong. Masih tidak boleh melawan rasa tomyam Thailand tetapi rasanya tetap sedap. Dah orang belanja tu makan saja lah. Banyak bunyi pula! Hahaha!


Ada udang bakar dan ketam bakar. Seperti biasa sebab Hans tak makan ketam jadi memang Hans fokus pada udang sahaja. Rasa udang bakar dia sangat sedap dan manis. Memang tak pernah lagi lah rasa udang bakar yang sedap macam dekat sini. Berselera betul makan weh!


Nasi putih ini lain sikit berbanding nasi putih Malaysia. Dah macam nasi jepun pun ada. Macam pulut pun ada. Apa-apapun, janji sedap!


Tengah seronok makan dan lauk di hadapan meja pun dah habis, masa tu memang tawakal dan bersyukur sahaja lah sebab perut dah terisi. Tiba-tiba sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ini tanya dekat meja Hans dan rakan-rakan,"Nak lagi ker lauk? Kalau nak kami nak bagi nih!" Rezeki jangan ditolak! Jadi, memang rezeki lah dapat makan sedap-sedap dalam kuantiti yang banyak. Syukur alhamdulillah!


Masing-masing minum air dalam tin sahaja dan Hans memilih air cincau sebagai minuman pada malam tersebut. Eragold jenama air tin nih. Rasa macam air Yeos pun ada. Hahaha!


Alhamdulillah! Licin bersih lauk pauk atas meja! Harga tak tahu sebab Hans makan percuma sahaja. Orang belanja kan. Hahaha! Tetapi, skala kesedapan untuk makanan-makanan ini ialah 4.5 / 5 yer. Serius sangat sedap dan berbaloi! Memang berbaloi lah sebab dah Hans makan percuma. Sedap pula tu! Hahaha!


Selepas itu kumpulan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) nih tanya Hans, "Nak makan aiskrim kelapa macam Sangkaya yang dekat Kuala Lumpur tu tak? Rasa dia lagi sedap dari Sangkaya tau!"Hans pun mesti lah jawab nak kan. Gila tak nak! Hahaha! Jadi, untuk makan aiskrim kelapa ini kena pergi ker Phnom Penh Night Market. Dijadikan cerita hujan lebat pula jadi terpaksa menunggu hujan berhenti sebelum boleh bergerak kesana.


Kami sampai agak lewat dimana hampir kebanyakan premis sudah mengemas barang masing-masing untuk pulang. Tetapi, alhamdulillah kalau dah namanya rezeki tu memang tak kemana. Hans berpeluang menikmati aiskrim kelapa yang berharga 1.25 dollar bersamaan dengan RM5.00 dan apa yang Hans boleh cakap memang rasanya lebih sedap berbanding Sangkaya dan harganya jauh lebih murah. Ini kalau kata Hans sampai awal lagi memang Hans pesan lagi satu nih sebab sedap. Hahaha! Jadi, memandangkan hari sudah malam maka Hans pun pulang ke hotel untuk berehat sebab esok nak sambung kerja pula. Apa-apapun, satu pengalaman menarik dapat menikmati makanan halal yang sedap-sedap di Phnom Penh, Kemboja ini.  

P/S : Selepas ini Hans akan kongsikan tentang pengalaman Hans menyertai Dr Hannan memberi rawatan perubatan kepada penduduk Kemboja yang tinggal di atas bot di sebuah kawasan yang sangap daif dan agak kotor. Nantikan!

Kemiskinan Melayu Cam Di Phnom Penh Kemboja

$
0
0
Assalammualaikum semua. Seperti yang dijanjikan, kali ini Hans nak kongsikan tentang aktiviti amal Hospitals Beyond Boundaries (HBB) memberi bantuan kepada masyarakat miskin Kemboja yang tinggal di atas bot sekitar tepi sungai Mekong dan Tonle Sap di Phnom Penh, Kemboja. 


Sebelum ini Hans pernah berkesempatan melakukan penggambaran tentang masyarakat Islam Champa Kemboja yang tinggal di atas bot kerana tidak mampu membeli tanah mahu pun rumah disebabkan harga tanah yang mahal. Cuma Hans kurang pasti di kawasan mana kerana sebenarnya banyak juga kawasan-kawasan sungai yang didiami oleh mereka yang miskin ini.


Ibarat dua dunia berbeza! Di sebelah sana sedang galak dengan aktiviti pembangunan yang sangat pesat. Bangunan-bangunan tinggi dan mewah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Manakala di kawasan ini pula, penempatan yang dibina oleh komuniti miskin ini sememangnya sangat daif dan kotor. Ironinya, di belakang kawasan mereka tinggal ini ada hotel residen mewah yang besar dan luas. Satu pemandangan yang menggambarkan kehidupan mereka yang miskin dan tersepit di sebalik kemewahan pihak yang lain.


Sempat bergambar sekejap di kawasan hadapan penempatan komuniti Islam Champa disini. Tetapi, disini juga ada masyarakat bukan Islam yang miskin dan turut sama tinggal bersama. Ada yang tinggal di rumah yang seperti bangsal dan reban ayam. Dan banyak juga yang tinggal di atas bot yang kecil dan sempit.


Macam kawasan yang Hans pergi dulu untuk rakaman rancangan Primadona, komuniti dekat kawasan tersebut masa tu tak ramai. Jadi, keadaannya agak bersih. Tetapi, disebabkan kawasan ini sangat padat jadi boleh lihat di hadapan bot dan sampan mereka penuh dengan plastik dan sampah yang berkumpul. Hans pasti sesiapa sahaja yang datang dan melihat sendiri kawasan ini semestinya akan tersentuh dan secara tidak langsung mengajar hati untuk bersyukur di atas segala rezeki dan kurniaan daripada Allah selama ini.

Hans tak dapat naik ke dalam bot kerana ruang yang bot yang sudah dipenuhi rakan sekerja yang lain. Bayangkan bot yang kecil ini dihuni oleh lima hingga tujuh orang dalam satu-satu masa. Masalahnya Hans memang tak dapat bayangkan sebab tak tahu macam mana mereka boleh tidur di dalam kawasan dan ruang yang sangat sempit dan terhad dalam jumlah yang ramai.


Jadi, aktiviti sukarelawan HBB pada kali ini ialah melakukan pemeriksaan ringkas, memberi ubat-ubatan serta nasihat perubatan kepada masyarakat disini seperti pemeriksaan penyakit darah tinggi, demam, masalah cacing dan sebagainya. Kanak-kanak di kawasan ini juga menerima rawatan  daripada pihak HBB. Jika dilihat pada gambar di atas, ada seorang kanak-kanak lelaki dan rambutnya berwarna perang. Dan sebenarnya agak ramai juga kanak-kanak kecil disini yang rambutnya berwarna perang. Pada mulanya, Hans ingat budak-budak nih warnakan rambut. Dalam hati terfikir, siapa yang bagi sumbangan dekat budak-budak nih untuk warnakan rambut. Tetapi, apabila diberitahu oleh sukarelawan HBB baru lah Hans tahu punca sebenar. Rupa-rupanya rambut mereka berwarna perang disebabkan mereka kekurangan zat-zat tertentu di dalam badan akibat pemakanan yang tidak seimbang serta keadaan persekitaran yang tidak bersih.

Saja ambilkan gambar rakan-rakan sekerja yang sedang merakam aktiviti sukarelawan HBB memberi bantuan kepada komuniti masyarakat disini. Budak-budak kecil dekat sini pula bukan main semangat lagi lah sebab tengok kamera-kamera yang krew program Legasi Luar Biasa nih pegang. Biasa lah kan budak-budak. Nasib dekat sini tak bawa drone. Kalau tidak tak tahu lah apa jadi. 


Untuk penggambaran kali ini, ada tiga pengalaman yang Hans masih ingat sehingga kisah ini ditulis disini. Pertama tentang anjing-anjing garang yang berada di hadapan kampung yang menyalak kepada kami sewaktu hendak masuk. Tetapi, yang kelakar tu orang-orang sini selamba jer tak takut dan bantu kami masuk ke dalam. Anjing-anjing tu pula takut dengan mereka. Hahaha! Pengalaman kedua pula ialah Hans terpijak sesuatu di kawasan sampah dan Hans tak tahu nak anggap benda yang Hans pijak tu apa tetapi agak memualkan dan berbau. Tercemar lah sekejap tapak kasut. Pengalaman ketiga pula melihat ada anak kecil yang tinggal di atas bot minum air sungai tu depan mata Hans. Agak terkelu juga lah sebab memang dah pasti air sungai tu kotor sebab boleh tengok sampah-sampah depan bot penduduk sini tu bertimbun-timbun. Tetapi, inilah realiti kehidupan masyarakat miskin disini.


Ada pihak minta kami sampaikan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dekat sini. Sebelum ini, Hans ada pengalaman melihat bagaimana bantuan diberikan sewaktu melawat Kampong Cham pada 4 tahun lepas. Jadi, bila Hans melihat suasana disini Hans tak ada rasa terkejut sangat tetapi untuk rakan-rakan sekerja yang pertama kali melihat keadaan ini memang rasa sedikit terkejut dan menginsafkan. Mungkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat nilai sebatang gula-gula lolipop. Tetapi, bagi kanak-kanak ini mungkin lolipop itu senilai emas atau bitcoin yang mungkin nak dapat rasa sekali dalam setahun pun belum tentu. Tertarik juga dengan ayat salah satu rakan sekerja Hans,"Aku terfikir mungkin apa yang aku pandang sekarang ini sama macam mana orang kaya pandang manusia-manusia yang berebut-rebut kutip duit berterbangan dalam satu majlis." Bagi Hans ada kebenaran juga kata-kata tu.


Jadi, inilah secara ringkas yang dapat Hans kongsikan tentang aktiviti amal HBB di Phnom Penh, Kemboja. Dan kenapa Hans suka dengan usaha HBB ini ialah kerana mereka melatih anak-anak tempatan Kemboja sendiri untuk berkhidmat dengan masyarakat mereka. Bagi Hans ini satu usaha yang sangat bagus kerana Hans percaya cuma anak tempatan Kemboja yang mampu mengubah nasib, mentaliti dan taraf kehidupan masyarakat Islam disini kerana mereka yang lebih faham dan mengerti tentang orang-orang mereka. Kita ini cuma mampu membantu dan membuka jalan tetapi selebihnya harus digerakkan sendiri oleh komuniti masyarakat ini sendiri. 

Untuk makluman semua juga, HBB bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Kemboja. Mereka juga turut membantu rakyat Malaysia terutamanya gelandangan di kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. HBB sememangnya mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan perancangan untuk menambahkan lagi jenis dan bentuk bantuan kepada masyarakat.

1) Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HBB?

2) Anda berminat untuk menjadi sukarelawan HBB?

3) Anda berminat untuk memberi sumbangan dana dan sebagainya?

4) Anda berminat untuk menaja aktiviti-aktiviti HBB?


Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda untuk berhubung dengan pihak HBB.

Hospitals Beyond Boundaries (HBB)

Alamat:
9119,
Jalan Kerdas 1,
Batu 6,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Email:
enquiries@hbb.org.my

Laman Facebook:

Laman Web:


Sebagai tanda sokongan kepada HBB, Hans dengan ini menyeru kepada semua pembaca supaya berkongsi tentang artikel ini di laman sosial masing-masing. Sebarkan agar usaha murni yang cukup baik ini mendapat sokongan lebih ramai pihak dan secara tidak langsung lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 


P/S : Semoga Lebih Ramai Rakyat Malaysia Melakukan Aktiviti Sukarelawan Dengan Cara Yang Betul :)

Dashing Sport Terbaru Untuk Jejaka Aktif

$
0
0
Ramai lelaki di tahun 2018 ini yang semakin aktif bersukan, bermain gym mahu pun terlibat di dalam pekerjaan yang memerlukan mereka keluar berjumpa pelanggan di luar pejabat, Jadi, faham-faham lah negara kita Malaysia nih bukan negara 4 musim. Kalau tak hujan mesti panas. Bila panas semestinya masing-masing berpeluh. Tetapi, agak kasihan bila ada yang berpeluh kuat dan dalam masa yang sama menyebabkan badan berbau yang kurang menyenangkan. Jadi, memang ada sesetengah lelaki akan jadi terlalu rendah diri kerana masalah-masalah yang menggugat keyakinan mereka. 

Ada pula sesetengah lelaki nih, dari jauh kita tengok memang nampak kacak bergaya dah. Tetapi, bila kita datang dekat dengan dia, terus hilang pandangan positif tu bila mana bau badan lelaki-lelaki ini sama macam bau badan pekerja-pekerja asing dah. Memang ada sesetengah lelaki nih yang kurang mengambil berat tentang bab-bab kebersihan dan bau badan nih. Ada juga yang sebenarnya memakai pewangi tetapi pewangai itu tak sesuai dengan gaya kehidupan mereka yang aktif.


Jadi, usaha Dashing memperkenalkan 2 vasiasi baru DASHING SPORT iaitu HITMAN dan GOLDEN BOOT yang terdiri daripada Eau De Toilette dan Deodoran Semburan Badan untuk keperluan lelaki aktif yang ingin sentiasa tampil maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan mereka yang sibuk ini adalah amat kena dan tepat pada masanya kerana dapat membantu menyelesaikan masalah bau badan dan memastikan kaum Adam sentiasa segar sepanjang masa.

Deodoran Semburan Badan membantu para lelaki di luar sana untuk mengawal bau badan anda dan secara tidak langsung menjadikan anda lebih yakin untuk berurusan atau bertemu dengan pelbagai pihak di luar sana. Manakala Eau De Toilette pula semestinya menjadikan badan anda sentiasa wangi dan segar dalam tempoh masa yang panjang.


Kalau anda perasan ada dua warna pada produk terbaru Dashing ini iaitu warna hijau untuk DASHING HITMAN dan warna kuning untuk DASHING GOLDEN BOOT. Jadi, apa perbezaan antara kedua-dua jenis ini?


Untuk DASHING HITMAN, produk baru ini dicipta khas buat lelaki aktif di luar sana yang sentiasa aktif bergerak ke mana-mana sahaja setiap hari. Disegarkan dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber serta dihebatkan lagi dengan Sichuan pepper, Lavender, Patchouli dan Gaiac Wood pasti membuatkan anda si lelaki di luar sana lebih berkeyakinan sepanjang masa.


Manakala bagi DASHING GOLDEN BOOT pula, produk ini menampilkan haruman yang sangat menggoda dan Musky. Si lelaki yang yang maskulin akan tampil lebih hangat dengan aroma daripada daun Rhubarb dan Primento. Semestinya wanita di luar sana akan terpukau dan tidak dapat melupakan anda yang memakai Golden Boot kerana aroma maskulin hasil kombinasi kayu Kashmir dan Leather pastinya memberikan satu pengalaman indah buat si pemakainya.  

Ada juga sesetengah lelaki yang mungkin kurang gemar dengan aroma yang terlalu maskulin tetapi anda jangan risau kerana Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai aroma sporty yang berbau harum sepanjang masa dan semestinya memang sesuai sangat untuk lelaki-lelaki di luar sana tu.


Jadi, Hans nak kongsikan sedikit tentang apa kelebihan yang terdapat di dalam Deodoran DASHING SPORT ini pula. Kalau anda nak tahu produk Deodoran DASHING SPORT yang terbaru ini memberikan manfaat 6 dalam 1 untuk anda. Antara manfaatnya yang Hans nak kongsikan disini ialah :

1) Memberi perlindungan 24 jam
2) Berkesan mencegah bau badan
3) Ia mengandungi anti bakteria
4) Mempunyai formula cepat kering
5) Tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju
6) Memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari

DASHING SPORT ini boleh  didapati pada harga yang berbaloi iaitu hanya RM12.90untuk Deodoran 125 ml dan hanya RM24.90untuk Eau De Toilette 50 ml. Jadi, tunggu apa lagi kepada lelaki-lelaki di lua sana? Dapatkan sekarang untuk sentiasa kekal aktif dan menjadi maskulin yang sentiasa wangi di luar sana. 

P/S : Hans Dah Cuba Dua-Dua. Dua-Dua Pun Wangi Tetapi Hans Lebih Sukakan Hitman Jika Bersukan Dan Golden Boot Jika Untuk Aktiviti Yang Tidak Berpeluh. Terima Kasih Dashing Malaysia Di Atas Produk Terbaru Yang Hebat Nih.


Mari Mengundi

$
0
0
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Hans dah selamat sampai di kampung halaman tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Semangat balik malam-malam buta naik bas dari TBS semata-mata nak mengundi. Misi selamatkan negara. Hahaha!


Jadi, tak sampai berapa jam sahaja lagi tiba untuk Hans dan seluruh rakyat Malaysia lain yang ada rasa tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi calon-calon yang dirasakan mampu untuk membantu rakyat dan membawa nama Malaysia gah di seantero dunia.


Alhamdulillah! Masih lokasi yang sama mengundi dan tak jauh dari rumah. Ada sesiapa mengundi dekat lokasi yang sama dengan Hans tak? Hehehe!


Jadi, ini adalah calon-calon yang bertanding di kawasan Hans mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Hans sendiri pun dah tahu dah siapa calon yang Hans nak undi. Kepada yang tak mendaftar untuk mengundi tu, jangan pula nanti hangpa dok bising kalau YB kawasan hangpa tiba-tiba tak buat kerja kan. Siapa suruh hangpa tak daftar mengundi. Hahaha! Kepada yang dah daftar tu pergi lah mengundi. Tak kisah lah calon yang hangpa undi tu menang atau tidak. Tunjukkan suara hangpa tu di atas kertas undi supaya calon-calon yang bakal menang tu buat kerja dan yang tak menang tu pun berusaha buat kerja untuk menangi hati hangpa semua nih pada pilihan raya yang akan datang.

P/S : Fenomena Mengundi Di Kalangan Generasi Muda Kali Ini Ada Pembaharuan Dan Peningkatan Yang Ketara. Tiket Bas Balik Ke Utara Dan Pantai Timur Untuk 7hb Mei 2018 Habis Dijual Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Pada Malam Tadi. Dah Macam Cuti Nak Balik Raya. Tahniah Anak Muda Malaysia!

Mengundi Kali Kedua

$
0
0
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah baru balik dari mengundi. Dan ini kali kedua Hans mengundi di kawasan yang sama. Jadi, mari Hans kongsikan sikit pengalaman Hans semasa mengundi tadi.


Sampai-sampai jer dekat tempat mengundi tu, Hans pergi buat semakan dulu. Sebenarnya Hans dah tahu saluran Hans nombor berapa tetapi ingat wajib kena beratur situ sebab tengok semua menuju situ jer. Hahaha! Kalau tahu baik terus jer pergi dekat saluran Hans untuk mengundi.


Sekarang misi untuk beratur pula. Nampak memang ramai orang yang beratur. Dalam hati menyesal pula datang lambat. Hahaha!


Jadi, mula-mula beratur dekat satu tempat. Hans dapat saluran 5. Sekali tengok orang depan pegang kertas saluran 4. Haihh! Hans mula keliru jadi terus tanya sukarelawan tu mana saluran 5.


Sukarelawan lelaki nih pula cakap memang saluran 4 dan saluran 5 beratur sekali. Hans pun beratur lah balik. Dalam hati menyesal pula keluar barisan. Dah kena beratur balik dekat belakang.


Tengah beratur tiba-tiba nampak orang depan ditegur seorang kawan dia. Dia pun dapat saluran 5. Sekali kawan dia bagitahu yang saluran 5 kena pergi atas. Tak payah beratur dekat sini. Ya Allah! Nasib lah Hans dengar dan terus ikut dia pergi saluran 5. Sekali saluran 5 tak ada orang. Kami yang baru sampai ini jer lah barisannya. Hahaha! Lega!


Alhamdulillah! Selesai sudah tanggungjawab mengundi buat kali kedua demi negara. Jadi, kita nantikan keputusan pilihan raya malam ini. Tahniah kepada yang mengundi.

PU Riz Di Program Luxury Love Day

$
0
0
Assalammualaikum semua. Lama betul Hans tak kemas kini blog disebabkan sibuk dengan pilihan raya umum, bercuti di kampung halaman serta kerja sepanjang hari. Jadi, sahaja Hans nak kongsikan tentang baru-baru ini PU Riz sempat beramah mesra dan berkongsi sedikit ilmu dengan pelajar-pelajar UiTM Melaka di Taman Seribu Bunga Melaka sempena program Luxury Love Day yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar UiTM sendiri.


Kepada yang mungkin belum mengenali PU Riz, dia sebenarnya merupakan peserta Pencetus Ummah musim keempat. Selain itu juga, PU Riz nih masih lagi belajar dan dalam masa yang sama aktif sebagai pengacara dan pelakon. Baru-baru ini drama lakonan PU Riz iaitu Kelip-Kelip Kota London baru selesai ditayangkan di TV3. Kepada yang menonton tu mesti perasan punya lah.


Sepatutnya Hans temankan PU Riz untuk program kali ini tetapi tiba-tiba nak dijadikan cerita hari Sabtu yang lepas Hans terpaksa bekerja sebab nak ganti hari cuti masa PRU14 baru-baru ini. Jadi, terpaksalah PU Riz pergi ke Melaka seorang diri. Maafkan abang hang nih yer PU Riz. Hahaha!


Gambar-gambar semua dikongsikan oleh pelajar yang berhubung dengan Hans untuk program ini. Terima kasih kerana sudi menjemput Pu Riz ke program anda semua yer. Ada rezeki jemput lah lagi. Segala kekurangan daripada pihak kami harap dimaafkan.

P/S : Kalau Ada Sesiapa Yang Berminat Nak Jemput PU Riz....Boleh Hubungi Hans Untuk Perbincangan Lanjut Yer :)

Legasi Luar Biasa Episod 1

$
0
0
Assalammualaikum semua. Hans nak berkongsi sedikit tentang program yang Hans buat iaitu Legasi Luar Biasa. Program ini menampilkan 10 orang rakyat Malaysia yang bukannya artis popular, bukannya golongan vvip tetapi cuma orang biasa yang berjiwa besar dan sangat hebat usaha mereka dalam menjalankan kerja-kerja amal serta dakwah secara tidak langsung kepada masyarakat sekitar.


Program:
LEGASI LUAR BIASA

Saluran:
Astro Oasis & Ramadan HD

Hari:
Rabu

Waktu:
Pukul 6.30 Petang

Tarikh:
Bermula 16 Mei 2018

Episod 1:
Datin Paduka Sabariah Hussein
Puan Mimi Liana Nasharuddin



Jangan main-main dengan Datin Paduka Sabariah Hussein. Nampak kecil dan kini sudah berumur 70 tahun tetapi selamba sahaja beliau menegur kembali Mat Salleh yang biadap itu. Hans sendiri seronok dapat berjumpa beliau secara berdepan dan berpeluang menemuramah dan mendengar sendiri pelbagai kisah serta pengalaman hidup beliau yang cukup hebat serta menarik untuk dicontohi. Sila tonton untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kisah wanita ini yang pernah menolak jemputan Perdana Menteri Kanada kerana sibuk membantu gelandangan sewaktu bulan Ramadan.


Sangat menarik pandangan Puan Mimi Liana Nasharuddin tentang bantuan berlebihan orang ramai terhadap gelandangan. Alih-alih gelandangan juga yang disalahkan. Puan Mimi merupakan penaung Feeding The Needy (FTN) dan mendengar kisah dan perjalanan Puan Mimi dalam memberi bantuan sememangnya membuka mata serta mengubah persepsi Hans tentang kehidupan warga miskin kota di bandaraya Kuala Lumpur. Sangat menarik untuk ditonton untuk kita lebih memahami tentang apa sebenarnya masalah yang melanda warga miskin kota ini.


Jadi, jangan lupa tonton program Legasi Luar Biasa kerana program ini sangat memberi inspirasi dan menampilkan orang-orang biasa yang sangat luar biasa. Rugi kalau tak tengok. Selamat menonton :)

Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

$
0
0
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah buat pertama kali Hans berpeluang merasai dan melihat sendiri proses cerapan rasmi anak bulan Ramadan yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada 15 Mei 2018 yang lepas.


Menara Kuala Lumpur sememangnya menjadi antara lokasi wajib setiap tahun untuk menjalan aktiviti cerapan anak bulan Ramadan dan anak bulan Syawal.


Kehadiran Hans dan rakan-rakan disambut mesra oleh petugas yang memberikan kami pas media serta aturcara majlis dan salinan waktu berbuka puasa untuk tahun ini.


Taraaaaaaaaaaaa! Lama tak dapat pas media macam nih. Memang nanti bawa balik kampung lepas tu gantung dekat almari. Hehehe!


Hans diberi tiket ini untuk naik ke atas.Tak ada GST dah tahu dekat sini. Hahahaha!


Sebelum menunggu proses cerapan anak bulan Ramadan, pihak media dan tetamu vvip diminta untuk mendengar taklimat terlebih dahulu.


Gambar candid pula tetapi tetap hensem dan kacak bergaya kan? Hahaha!


Alhamdulillah dapat mendengar taklimat daripada Mufti Wilayah Persekutuan tentang bagaimana proses pencerapan anak bulan Ramadan akan dilakukan sebentar sahaja lagi.


Sebelum proses cerapan, kami semua membaca surah Yassin beramai-ramai terlebih dahulu.


Jadi, sudah tiba waktu untuk bertugas. Hans disini bertugas sebagai penulis skrip untuk rancangan Lensa 106 yang bakal ditayangkan di saluran Astro Oasis.


Memang penuh kawasan cerapan anak bulan dengan tetamu-tetamu serta media yang hadir. Kebanyakannya ialah kaum lelaki lah.


Ini adalah antara salah satu alat yang digunakan untuk mencerap anak bulan. Setiap data akan disalin oleh pegawai-pegawai Falak yang pakar dan berpengalaman.


Mufti Wilayah Persekutuan pun teropong anak bulan yer. Jangan main-main. Hehehe! Memang semua teruja untuk jadi antara orang terawal untuk tengok anak bulan Ramadan.


Bacaan sedang diambil oleh pegawai bertugas. Sebenarnya proses cerapan anak bulan ini memang penting untuk kita umat Islam apabila untuk menentukan bila hari kita akan berpuasa serta hari kita akan menyambut hari raya. Bukan dilakukan suka-suka tetapi proses ini memang perlu dilakukan.


Masa ini proses cerapan telah berakhir dan keputusan akan dihantar kepada penyimpan mohor besar raja-raja untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pengumuman di televisyen dan radio.


Salah satu alat yang digunakan di dalam proses cerapan rasmi anak bulan Ramadan iaitu teleskop yang memang besar dan sangat berat.


Kalau dah naik atas rugi lah kalau tak cuba teropong sendiri. Rasa-rasa Hans teropong apa? Hans teropong dasar hati orang agaknya. Hahaha!


Kebetulan di kawasan cerapan anak bulang sedang berlangsung, Hans terjumpa pula Skybox Menara Kuala Lumpur. Memandangkan Hans tak ada masalah takut kepada ketinggian atau gayat, jadi memang Hans teruja nak bergambar dekat atas kaca tu. Tetapi, kadang-kadang ada rasa cuak juga sebab bawah kaca tu memang tak ada apa-apa halangan dah. Apa-apapun, puas hati sebab cantik sangat dapat bergambar dekat skybox nih.


Lama betul Hans tak tengok wajah Kuala Lumpur di waktu malam daripada atas Menara Kuala Lumpur. Memang cantik sangat-sangat tengok bandaraya Kuala Lumpur dipenuhi dengan kerlipan lampu-lampu di seluruh kawasan. Apa-apapun, satu pengalaman yang menarik dan cukup bermakna untuk Hans kerana dapat melihat sendiri bagaimana proses cerapan anak bulan Ramadan dilakukan. Terima kasih juga kepada pihak Menara Kuala Lumpur di atas layanan yang cukup baik. Ada rezeki In Sha Allah datang lagi kesini.

P/S : Entry Ini Akan Dikemas Kini Dengan Tambahan Info Kerana Kekurangan Masa Untuk Menaip Panjang Buat Masa Ini :)

Viewing all 866 articles
Browse latest View live




Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC